Alhamdulillah.....

Alhamdulillah, sabtu lepas akhirnya program turun ke skolah a.k.a Tunas Pintar berjalan dengan lancar lagi2 dengan kehadiran Puan Dayang, Kaunselor Fakulti Perakaunan sendiri. Objektif awal aku iaitu nak budak-budak yang amek akaun ni nampak jalan mereka dalam perakaunan selepas ni terpaksa diubah sebab mereka mengambil perakaunan tidak semestinya cita2 depa adalah "accounting related fields". 

Time dalam kumpulan masa tanya bebudak group aku, ada yang nak jadi Chef, Astronout, Pemilik Hotel dan macam2 ar termasuklah ada sorang dua yang nak jadi bisnesman dan akauntan. Sekolah Puncak Alam ni cantik, tak macam sekolah asrama penuh aku dulu (sejak bila lak aku skolah asrama.....hahahaha).
Opsss abang fasi kat belakang tu kantoi....haha

Ok back to serious mode, aku seronok berkenalan ngan adik2 ni. Selain dari tu, pendekatan menggunakan ibu bapa dalam program ni oleh Puan Dayang memberi impak kepada sebilangan pelajar. Melalui modul2 gak hopefully dapat mencapai objektifnya. Modul yang dikendalikan oleh fasilitator dan diketuai oleh Azizi selaku ketua fasi memang menceriakan suasana =)

Dua subprogram dinner telah pun dijalankan so skang dah tiba masanya untuk mengubah "steering" ke arah dinner yang bakal diadakan pada 9 April ni..insyallah. Cuma yang aku nak pada kali ni, kami dapat menekankan ke arah CSR....komuniti dalam fakulti dan pun kami serve, dalam negeri pun dah kami serve so skarang adalah waktunya untuk serve negara dan dunia (aiceh bunyik cam hebat je blah ar Acap =p). 

Insyallah pada dinner malam tersebut, aku akan usahakan melalui biro jemputan untuk menjemput anak2 yatim dari rumah anak yatim terpilih dalam Selangor yang cemerlang dari segi akademik diaorang sebagai pemangkin untuk diaorang lebiih berjaya pada masa depan. Selain itu hopefully dapat menjemput wakil dari Aman Palestin dan Program Bersamamu TV3. Tapi aku dah ingatkan kepada semua ajk, aku x nak media press mahupun liputan tv3 (coz jemput Bersamamu) ke dalam dinner ni coz replika chek yang bakal diberi nanti takde la banyak sangat lagipun kita menderma bukannya untuk menunjuk-nunjuk kan.....Simbol penyerahan cek ni sekadar untuk para hadirin tahu yang sebahagian duit bayaran diaorang ada dimasukkan ke dalam ni. Bukan ke tu salah satu amal jariah yang takkan putus walaupun kita dah meninggal dunia kelak kan....

Eh  k ar cam dah panjang je berceloteh nih....he3 till next post...

Sebelum beredar dari sini (Sila cepat sket ek Cap) dibawah adalah objektif setiap apa yang dibuat untuk dinner nanti....
12 Januari - Practical Training Experiences Sharing diadakan dengan tujuan membantu komuniti dalam fakulti sebelum diaorang memilih tempat untuk praktikal. Whether diaorang nak specialize or tak dan syarikat yang macamana diaorang nak gi. Terima kasih kat semua speaker yang terlibat malam tu. Program ni salah satu program CSR sempena dinner nanti....
22 Jan,  Tunas Pintar - Program ni diadakan untuk membantu komuniti luar uitm agar adik2 ni dapat nampak apa jalan yang boleh diaorang pilih selepas SPM nanti. Juga untuk CSR dinner nanti...


Komuniti di dalam fakulti dah pun dibantu, Komuniti di sekolah atau dalam negeri juga dah pun dibantu kini tiba masanya nak membantu golongan yang tidak bernasib baik di dalam negara kita dan membantu warga dunia di negara yang kurang bernasib baik. Semoga niat ni tercapai melalui menderma kepada Bersamamu TV3 dan Aman Palestin sewaktu dinner ti (Sebahagian dari sponsor dan jumlah bayaran pelajar akan didermakan)...insyallah....

Comments

Popular posts from this blog

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???

Teesside University Malaysian Society

Aidiladha 1432Hijrah