Kisah Raya Seorang Budak....

17/11/2010 pada aku bermula tepat pada jam 6.40pagi bila mama call yang mana aku masih lagi "tertido" time tu dan seterusnya diikuti dengan satu sms selang 2 minit selepas tu....


"Salam, selamat menyambut aidiladha. Meninggalkan tido untuk solat juga satu pengorbanan yang besar,ok!"


He3....mama cam taw je aku tengah tido lagi....


Tepat jam 7.20pagi camtu selepas mamat tu bangun dia call balik and reply balik sms tu. Mamat tu memang kalau sms ikut sukati dia je....heeh. Dia balas:


"Salam raya gak, mandu elok2, ingat orang yang tersayang ;)"

&

"Eh lupa lak, maaf zahir batin salah silap k" 

Actually memang dia buat salah pagi tu coz mak dia tanya, ni mesti baru bangun ni pastu dia jawab.....

"eh x de la, dah lama dah bangun...hehe"

So dia mintak mahap coz ada sebab ar ni....so kalau nak carik contoh jangan carik contoh cam mamat di atas tu k.

So selepas bersiap pakai Baju Melayu "Pink" yang dia pinjam dari aku,(aku kan bek so aku bagi  je la dia pinjam) then dia ngan member2 dia pun gerak untuk semayang raya kat Masjid (takkan kat Time Square lak kan....) walaupun ada dua tiga kerat rakan2 dia yang masih di medan pertempuran. Sesampai disana hatinya menjadi sayu....dia bertanya kat diri sendiri apakah masih lagi dapat mendengar laungan takbir di pagi raya camtu lagi. Sejahat2 dia ada jugak perasaan camtu ek.....alhamdulillah....

 Masjid Padang Jawa.....sila percaye je walaupun gambar hanyalah rekaan semata2...

Tepat jam 8.10pagi lak time kat masjid tu tengah takbir, dia dapat mesej kedua lak...time ni daddy dia sms:


"SALAM, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AI'DIL ADHA DI PERANTAUAN. PELIHARA DIRI DENGAN BAIK,WASSALAM.....ABAH,MAMA,BABY DAN IQA"

Fuiyo rambang mata dia bila tengok mesej yang di"capitalletter"kan . Identiti sms si penghantar sms kot...he3. 

Pas semayang tu before balik, mamat tu buat keje yang dia suka iaitu mengira (accounting), apa yang dia kira? Lembu yang bakal dikorbankan.....satu ekor, 2 ekor, 3 ekor.....11 ekor.... 11 ekor lembu, satu wat sup, dua buat BBQ, tiga masak ikut suka, 4 dan seterusnya bahagi2kan....ok gak tu. Gaya fikiran dia cam dia pulak yang akan men"distribute"kan daging2 tu....he'eleh.

Selepas semayang, satu motif utama dia adalah untuk gi beraya rumah lecturer....alhamdulillah sesampai kat sana dia dihidangkan dengan pelbagai rancangan menarik.....makanan "I mean". Antara makanannya boleh tengok kat Blog Syafiq. Sempat gak le berborak pasal study dan praktikal, antara sedutan-sedutan menarik, calon-calonnya ialah:

"Banyak puan dengar korang praktikal kat sana ni, Kak kamu balik ada bising2 gak"

"Anak VC kamu baik kat fakulti very polite (cam aku....he3)"

 "Sem ni ramai yang repeat Audit next sem maybe lebih banyak kelas untuk Audit part 8"...aiyo puan jangan ar bagi saya risau.....

"Kalau kamu nak ke Corporate better amek ACCA or CIMA kalau nak ke Government amek Master is better"

Balik je beraya, mamat tu takde keje lain selain tido hinggalah ke petang. Amek berkat aidiladha katanya....ish3.

Sekian laporan dari saya, kita kembali ke Sri Pentas....

Comments

Popular posts from this blog

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???

Teesside University Malaysian Society

Aidiladha 1432Hijrah