Aidilfiri 1431

Raya tahun ni dapat beraya ngan semua termasuk ngan orang yang takde taun lepas coz keje luar.  Cam bese...lepas je semayang raya gi melawat kubur.

Gambar menarik time kat kawasan perkuburan tu....tertulis jenis2 batu nisan yang ada dijual, adakah kita dah tahu apakah jenis batu nisan yang kita akan guna nanti???

Lepas je melawat kubur atok, waktu yang ditunggu-tunggu....bukan duet raya tapi makan raya...ha3. Macam2 juadah ade makan sampai pueh, buffet layan diri xde limit waktu cam kat otel2. Taun ni mama masak mee rebus, aku yg jenis apapun boleh makan except durian...bukan anti tapi x berapa gemar bau dia. 

Wabak kekampungan tatkala syawal menjelma....

Semua keta nasional....semangat one Malaysia la katakan....

Pada kali ni pun Hari Raya Aidilfitri disambut pada hari jumaat, so of coz la kena gi semayang jumaat. Tapi laennya Jumaat kali ni coz ada pelancaran masjid Khairiah kat sini at the same time pelancaran tabung satu keluarga RM1k. Aku pun memula berat gak nak gi tapi dah abah ajak so gi jela....

 Majlis Hari Raya Dan Pelancaran Pembinaan Masjid Baru Al-Khairiah Kg Kepayang Fair Park, Ipoh
(Projek yang memakan hampir RM4.5juta)

Ucapan Ketua Kampung....merangkap Timbalan Pengerusi Projek ni....

AJK2 Projek ni, yang berbaju coklat yang tengah tulis sumthing kat buku tu Pengerusi...Datuk apetah dah lupa....

Antara babak yang menarik yang mana kanak2 menderma ke dalam tabung ni sebagai simbolik perasmian tabung ni.....

Adalah diharapkan agar dana yang diperlukan dalam merealisasikan projek ni dapat tercapai dengan sumbangan orang ramai setelah bantuan yang dihulurkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat khususnya derma sewaktu lawatan TPM, Datuk Seri Muhyiddin Yassin ke kampung ini pada 5 September 2009 yang lepas. Dan ingatlah betapa salah satu antara tiga perkara yang tidak akan putus apabila kita pulang ke rahmatullah kelak adalah sedekah jariah (selain dari doa anak yang soleh dan ilmu yang bermanfaat)  dan sesungguhnya dalam kita menderma adalah sebaik-baiknya tidak digembar-gemburkan dan kalau boleh biar tangan kiri kita pun tidak tahu yang tangan kanan kita sedang menderma.

Sekian Salam Aidilfitri.
 

Comments

Popular posts from this blog

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???

Teesside University Malaysian Society

Aidiladha 1432Hijrah