8 Perhentian

Buat pertama kalinya dalam hidup aku last week dapat pegi outstation (ha3 time trainee je excited time dah keje ti tak taw le). Tujuan outstation kali ni nak menyelesaikan asaiment tagging mentagging kat workshop2 customer di Penang dan Perak...my hometown.

Bertolak dalam kol 3 petang, yang mana pada pagi ahad tu aku terpaksa sensorang kat opis untuk menyelesaikan beberapa keje yang tak setel lagi before bertolak ke Penang. Sebenarnya lama gak x gi Penang ni, if not mistaken time darjah 6 dulu kot....time lawatan sekolah kat bukit bendera...best3.  Pastu setakat lalu je kat situ....mana taknya kan ke aku matrik Perlis so konpem2 la masa ulang alik dari Ipoh ke Arau kena lalu Penang. 

Actually beberapa hari before gi sini Encik Izad suruh aku tempah hotel, twin sharing kat Sunway Hotel Penang tapi time tu penuh so aku pun suggest untuk ke Summit Bukit Mertajam. Harga kat Summit ni murah....RM166 for Deluxe Bedroom....2 katil saiz king, ok ar tu. Sampai Penang dalam kol 7.30malam pastu terus checkin ngan semayang maghrib before gi dinner. Actually jalan kat kawasan BM ni kecik2, x macam di KL @ Ipoh. Tup2 abeh makan dah kol 10....sume pun dah tutup so just balik bilik tido...hu3. 

Sok paginya bermula perjalanan 8 perhentian dari Bukit Mertajam --> Perai --> Bayan Lepas-->Georgetown --> Jelutong --> Gunung Rapat (Dekat gila dengan ruma aku tapi x gi ruma pun coz bukan ada orang) --> Mengelembu --? Bercham before balik ke Shah Alam. Banyak gakla aset syarikat yang kami cover (nilai tepat P&C...xpenting pon kan). Thanks kat sume distributor ngan sales rep, Cindy, Mr Yong ngan Franky coz mengeskort kami ke tempat2 customer ni.

Bertolak dari Tol Simpang Pulai dalam jam 6.45 petang dan sampai ke Shah Alam dalam kol 9.30 malam camtu...penat tapi syok. Dan konpem2 balik je memang banyak keje yang perlu diselesaikan dengan flagship terakhir dah dilawat so skang tunggu untuk wat report yang memeningkan tapi syok :).  

Bukit Mertajam Penang

Bayan Lepas, Penang

Perai, Penang

Georgetown, Penang

Jelutong, Penang
Gunung Rapat, Ipoh Perak (5 minit dari rumah)

Bercham, Ipoh Perak

Mengelembu, Ipoh Perak.....rekod 30 minit, masa paling lama untuk cari workshop...

Alhamdulillah banyak gila benda teknikal pasal kereta yang aku belaja kat Pennzoil, thanks UMW for giving me a chance to be a trainee here. Kalau ada rezeki akan terus bekerja kat sini....insyallah.

Comments

SHaRKFiQ SSM said…
congrats, you have been hired there..~
Ashraf Zabidi said…
Aminnn....thanks ;)

Popular posts from this blog

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???

Teesside University Malaysian Society

Aidiladha 1432Hijrah