Posts

Showing posts from June, 2010

Jika Teringat Tentang Dikau

Jika teringat tentang dikau Jauh di  mata  dekat di  hati Sempat terpikir tuk kembali Walau beda akan kujalani Tak ada niat untuk selamanya pergi  Jika teringat tentang dikau Jauh di mata dekat di hati Apakah sama yang kurasa Ingin jumpa walau ada segan Tak ada niat untuk berpisah denganmu Jika memang masih bisa mulutku berbicara Satu kata yang ingin terucap Kan kudengar caci dan puji dirimu padaku Kita masih muda dalam mencari keputusan Maafkan daku ingin kembali Seumpama ada jalan untuk kembali Jika teringat tentang dikau Jauh di mata dekat di hati Tak ada niat untuk selamanya pergi ...

Kita Merancang Allah Menentukan....

Image
Kita merancang Allah menentukan tu je yang aku boleh cakap sekarang nih. Walaupun ada kata bijak pandai "manusia tidak merancang untuk gagal, tetapi manusia gagal untuk merancang". Namun kata-kata tu mungkin kita boleh lengkapkan dengan kata-kata hikmah "sesungguhnya perancangan Allah itu lebih tepat berbanding perancangan kita manusia yang merupakan hambaNya". Sekali kau jatuh tak bermakna kau akan jatuh beribu kali dan sesungguhnya "lebih banyak yang kita belajar dari kegagalan berbanding kejayaan". Andai kata minggu lepas aku cukup kecewa dengan result yang langsung terkeluar dari landasan sehinggakan gerabak diatas landasan tersebut terbalik. Awal minggu ni Aiman memberi khabar tentang program Rumah Anak Yatim yang mungkin tidak boleh dilaksanakan pada semester ni. Maknanya takwim program kena rombak balik...huhu dan sesungguhnya memang kita dah rancang dari awal tapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Mungkin Allah menghadirkan hujan dan kilat, k...

X ingat @ Lupa

Insan.... Mungkin kerana kita leka Seringkali bila pena terlepas daripada genggaman Ucapan 'Ops' mendahului 'Allahu Akbar'.... Tatkala perut lapar sudah terisi 'Huh, kenyangnya' mengatasi 'Alhamdulillah' Apabila diri terpegun oleh keindahan suria 'Subhanallah' tertutup oleh 'cantiknya' Ada ketikanya berita kematian mengunjungi 'kasihannya' terucap juga kerana kita lupa kepada 'Innalillah' Kadangkala kita lupa Kekadang kita sengaja Mungkin kita terpaksa Namun, Insan... Walaupun kita lupa, sesuka @ terbiasa, Berhati-hatilah.. Agar bila mana Izrail tiba membawa berita.. Ucapan syahadah.. Tetap menjadi juara.. Mengatasi segalanya..

Naik Segan Aku.....

Image
Dah minggu ketiga kat sini, UMW Pennzoil Distributor. Dan minggu ketiga gak ar aku dibawah seliaan supervisor yang suka belanja aku makan, Encik Hamizad sampai segan lak aku....haha. Asal dia datang opis jek mesti dia belanja aku, alhamdulillah tp kalau dah selalu sangat sape tak segan...hee. Kalau x lunch, dia akan belanja dinner cam ari Isnin aritu coz time tu aku balik lambat, sebenarnya ari2 balik lambat....haha.  Banyak benda yang En Izad kongsi and it is not only regarding to work je tapi pasal family, pasal parents, pasal manusianyer "pe'el". Aku ingat lagi ada dia cakap "practical not just only about working with system but u must know how to control manusia yang ada macam-macam "pe'el""....lebih kurang camtu ar apa yang dia cakap. So this week sibuk pasal tag mentag barang-barang kat Warehouse khususnya bekas-bekas IBC yg digunakan untuk menyimpan minyak Pennzoil sebelum dihantar ke Toyota @ transporters (bukan transformers,k...). Tujuan...

Thanx....

Hanya Segenggam Setia Lepaskanlah genggaman tanganmu Pergilah dia menantimu Jangan menangis... Janganlah kau menolehku lagi Biarlah kumembawa hati Jangan ditanya ke mana kupergi ( korus ) Tidakkah engkau sedar siapa diriku ini Bukan merak kayangan tapi gagak di rimba Cuma yang ada segenggam setia Akan kupertahankan untuk membahagiakanmu Masih lagi aku terasa Betapa hancurnya hatiku Bila kau dipaksa bersama Dengan si dia... Senyuman yang engkau ukirkan Seakan mengundang sengsara Kalau ku tahu kau tersiksa Tak kan kulepaskanmu Setelah kau tiada di sisi Bagiku tiada cinta lagi selamanya Di bibir ku lafazkan rela Di hati

Paling Buruk Dalam Sejarah....

Image
Result aku chek semalam...bapak ar teruk gile result aku, 2 paper kantoi (FAR430&MAF630). Aku tak tahu nak kata apa and aku tak rasa apa-apa dah coz mungkin dah terlalu banyak kegagalan aku tempuhi. Aku marah gila dengan diri sendiri sebab rasa diri sendiri dah cukup hebat dan overconfident sangat. Bukan kata tak belajar, towards the end aku stay up kot lepas semayang sunat hajat.... entah la mungkin ni just dugaan dari Allah.Aku terfikir camna seorang pelajar cemerlang SPM (8A2B) dan juga pelajar cemerlang matrikulasi (CGPA 4.00) boleh tersungkur, tersembam dan sewaktu dengannya kat Universiti. Nak kata aku busy, time MPP lagi aku busy...huhu don't know what to say. Kalau aku gagal FAR400 dulu aku cukup malu skang ni aku rasa dah tak de ape aku nak malu coz it is a fact. U got it already, u cannot change the past but you can make ur future. Tp sincerely dalam hati ni tah memang rasa rendah diri sangat coz keputusan aku teruk. Dan aku gak terfikir camne budak kurang bijak cam ...

Menatap Matamu

Kasih Selepas Dan Sebelum Bergelar Ibu Bapa....

Alhamdulillah hari ni bakal genap 2 minggu aku kat UMW dan ramai gak yang dah mula aku rapat lagi-lagi tempat duduk aku ada 'Pull Computer' means semua department menggunakan komputer ni coz komputer ni ada data yang komputer2 lain takde. So setiap 15 minit, akan ada orang tanya pinjam komputer jap boleh??? Takkan aku nak jawab tak leh pulak kan....keje diaorang lagi penting.  Aku pun dah mula rapat ngan Encik Hamizad (Izad), supervisor aku....disebabkan aku balik lewat, dalam kol 8.30malam camtu so semayang maghrib biasanya dengan dia ar. Semalam pun dia belanja aku ngan Nan, member sebelah meja lunch. Bukan lunch yang aku nak cerita tp pasal apa yang dia cerita masa lunch. Aku 'quote'kan kata-kata dia: "Kasih kita kat mak bapak berbeza semasa kita belum bergelar mak bapak dan selepas kita bergelar mak bapak, sebab lepas kita bergelar mak bapak baru kita tahu apa mak bapak kita rasa dan kita akan bertambah rapat" Entah le, aku dengar je....betol la kot...

A Song From Aishah

Oh... Tiada ku menduga Setelah sekian lama aku sendiri... menyepi Hadirmu bak selembut bayu Menghembus dingin di wajahku Mengeringkan air mata Kau belaian di jiwa Genggaman erat tangan mu Membuat aku terharu Keikhlasanmu sungguh Mengusik emosi dan perasaan Kau jua pernah dipermainkan Kini kau ingin aku Membelai di jiwa Walaupun kau bukan kekasih Namun bukan sekadar teman biasa Hadirmu membawa cahaya Di hati nan terluka Di antara cinta dan kasih Apakah ada jurang pemisah Hadirmu membawa cahaya Di hati nan terluka... oh sayangku 

Mavi Marmara Vs Rachel Corrie

Image
Inilah nama dua kapal yang ditahan oleh Tentera Israel diluar kawasan pesisirnya dan sekaligus menidakkan usaha sukarelawan dalam menghantar bekalan ke kawasan Palestin. Di kapal Mavi Marmara, 6 orang rakyat Turki ditembak oleh tentera negara tidak berdaulat tersebut gara-gara penyebaran video penaklukan kapal tersebut oleh mereka menyebabkan dunia mengutuk keras tindakan Israel dengan ditambah lagi dengan tindakan mereka menakluk kapal tersebut sesuka hati sedangkan kapal tersebut berada luar kawasan mereka. Beberapa orang rakyat Malaysia juga turut ditahan MM (12orang) dan RC (6orang) begitulah bilangannya kalau tidak silap. Pada saya mereka ini adalah wira, bukan sahaja wira Malaysia tetapi dunia Islam khususnya.  Mavi Marmara Rasanya tidak pelik andaikata saya ramalkan mereka bakal dianugerahkan dengan Pingat Keberanian atau apa-apa Pingat yang bakal membawa gelaran Datuk. Saya tidak katakan sukarelawan yang ditahan ini mengharap sangat kepada pingat-pingat ini, tetapi apa ya...

UMW Is One Of Top Five Malaysia's Most Admired Companies (Wall Street Journal)

Image
The UMW Group has grown to become a leading global conglomerate. From A Humble Automotive repair shop which was set up by a bicycle shop apprentice 92 years ago, UMW is now a leading industrial enterprise with diverse and global interests in the automotive, equipment, manufacturing and engineering, and oil and gas industries. Strategic alliances with leading global organisations have helped position the UMW Group as a leader in its core businesses. The UMW Group has expanded beyond Malaysian shores; now it has operations overseas in Singapore, Indonesia, Thailand, Myanmar, Vietnam, Papua New Guinea, Australia, Taiwan, China, India, the United Arab Emirates, Oman and Turkmenistan with a total workforce of almost 10,500. In line with the Group's growing presence in the global arena, its inspired workforce has embraced a new rallying call - Beyond Boundaries. Beyond Boundaries is not only about crossing geographical or physical borders. It is also about removing the boundaries ...

Semakin lama....

Kadang-kadang aku terfikir Semakin lama aku kenal... Semakin banyak pula persamaan... Entah la mungkin persamaan tu sekadar kebetulan Atau persamaan itu suatu perancangan Perancangan yang telah dirancang oleh Sang Pencipta Walaupun baru seminggu disini Aku sudah temui beberapa persamaan Entah la, kalau satu mungkin aku boleh rasakannya kebetulan Kalau dah sampai tiga...ermmm entah la Mungkin jugak aku sendiri yang terperasan Atau aku sendiri yang tersilap fakta Atau apa sahaja yang memungkinkan Adakah ini semua hanya sekadar satu kebetulan Atau suatu perancangan untuk sesuatu yang lebih agung Dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Tetapi perlu diingat suatu persamaan tidak semestinya suatu pertemuan Andai kata benar persamaan ini untuk suatu pertemuan Mungkin hari ni kita namakannya pertemuan esok pula kita namakan perpisahan.... Bahagiakanlah dirimu Anggaplah pertemuan kita ini Sebagai suatu catatan sejarah dalam "Sejarah Hari Ini" Yang bakal disimpan di Arkib.... Buk...

Hukum Manusia Vs Hukum Allah

Petang tadi sewaktu duduk di kawasan menunggu dobi di Kolej Jati, saya terserempak dengan rakan sefakulti (nama ape ke dah lupa...huhu) seorang student profesional ACCA yang akan mengambil peperiksaan akhir mulai esok. Sambil berbual sambil membaca akhbar dan tiba-tiba tertumpu kepada satu mukasurat tentang undang-undang alam sekitar yang digunakan oleh Kerajaan.  Saya memetik kata dia: "Pada aku, aku concludekan semua ni mudah je kalau peraturan Allah cam Hukum Hudud pun kita tak ikut  lagikan pulak nak ikut peraturan yang manusia sendiri gariskan" Fikir-fikirkan betul jugak kata dia, ye-ye je kita bersemangat nak wat peraturan tu peraturan ni tapi pernah tak terfikir adakah peraturan yang dah ditetapkan Allah kita ikut. Sembahyang pun cam chips more kadang ada kadang takde inikan pulak nak ikut peraturan lain. Ermm....tepuk dada tanya selera kalau nak makan, tepuk dada tanya fikiran kalau nak berfikir dan tepuklah hati untuk kita bermunasabah diri sejauh mana dah kita la...

Life As An Intern In UMW

Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ketiga aku di UMW. Aku seronok kat sini, kawan-kawan satu department yang "gila-gila" cuma as trainee yang baru masuk tiga hari takkan aku nak tunjuk perangai "gila-gila" aku pulak...haha. Supervisor aku, Finance & Operation Manager En Wan Azhar also Ex-UiTM,Fakulti Akaun gak. Semalam breakfast ngan dia ngan dianyer Assistant Manager dia Encik Sharizat kat Kedai Mamak manatah.(lupe ar) En Wan seems cam happy go lucky orang dia, while En Izat lak aku suka cara dia bercakap, tenang je. Tadi pun lawat Warehouse seems ada je workers cam wat hal tapi aku tengok dia wat cam no hal jek....I like his style. Keje? Busy? Eh x eran la aku dah bese.....haha berlagak lak. Takde la, aku enjoy la wat keje, banyak gak tunjuk ajar yang aku dapat dari Kak Ros, gaya dia cam mak-mak. I like...kalau ada silap dia kata "takpe baru lagi" walaupun dia kata camtu tapi pada aku "I don't like defects in my work", what I want ...