Aduhai Peningnyer Kepala.....

Actually dari semalam lagi rasa berat je kepala ni tah nape tah nak kata demam tak demam.Tadi kat PTAR pun rasa camtu gak, time Exam QMT tadi cam nak berpusing2 jek kepala...huhu. Tapi kuatkan je la kan, petang tadi first time actually gi makan kat Pak Li sebab Pak Li belanja...haha (Pak Li pun xkenal). Bese kalau kawasan tu lepak kat Izah,  Menu pilihan, Nasi Ayam Lemon ngan Milo Ais lastly air "sky juice" as pencuci mulut, jadik la kan,sebab memang boleh guna untuk cuci mulut pun....haha. 

Tadi lepak sekali ngan Liyana, Zaim, Jana, dan beberapa junior part 5 yang lain syok gak dapat bertukar cerita pasal praktikal ngan bebudak ni. Praktikal for me can be a turning point to what you will be coz there u can see where is ur interest, ramai yang suka amek audit coz by audit for me we can see how to run financial system in a company. 

Other than that dapat gak le dua borang permohonan PM MMS dari Liyana. Masuk yang lepas aku just dapat join MMS 4 kali jek......jek? Memang best jadik PM ni, adik2 dapat kenal kita wherever u go, ada je yang kenal. First time aku jadik PM, aku dilantik as Setiausaha Kolej (MMS Jun 2008), pas tu as Timbalan Pengarah (MMS Disember 2008) pas tu as Pengarah (MMS Jun 2009) dan yang terakhir as Koordinator Program Pusat (MMS Disember 2009). 


Setiausaha (MMS Jun 08)
Kalau time jadik S/U dulu kalau tak tido dalam kol 2 camtu memang tak sah...ade jek yang kene buat. Tugas utama as S/U adalah menjaga bilik gerakan...haha nampak mudah tapi bilik gerakanlah yang perlu komited dalam menyelesaikan bebudak ni punye masalah....tak bawak borang tu le, borang ni le, nak keluar le nak ape le. Tapi apapun diaorang ni la bakal pelapis di UiTM.


Timbalan Pengarah (MMS Dis 2008)
Masa jadik Timbalan Pengarah dulu best, sebab time tu dapat keluarkan arahan dan conduct post mortem so tugas Timbalan Pengarah memantau pergerakan biro-biro. Thanks God coz let me to work with all the committees who really perform in their work. As Timbalan Pengarah or TP, dalam kol 12 camtu ada post mortem kat bilik gerakan pusat so kene masuk dalam. Pengarah akan conduct post mortem kat Kolej dan kalau dia g Pusat, ak yang akan conduct meeting...best best.


Pengarah (MMS Jun 2009)
Then yang paling best jadik Pengarah.....hah disinilah apa-apa salah kat Kolej akan ditembak kat Post Mortem Pusat. Teringat aku satu kes yang mana, ramai pelajar baru (PB) yang tak turun program so Biro Disiplin dan Sahsiah naik ke bilik dan mintak semua pelajar untuk berkumpul, aku gtaw agar buatlah apa yang korang nak buat kat bebudak ni tapi jangan body contact. Aku yang time tu kene ke Pusat untuk joint Meeting Post Mortem Pusat bagi authority kat Shuib, TP yang jugak YDP Kolej Jati time tu. Tup-tup, kat meeting post mortem esoknya aku kene tembak sebab buat "body contact.:...hah? Ada sorang PB yang merupakan anak salah seorang TNC UiTM repot. Naseb la....so balek tu time post mortem kolej aku bising ngan bebudak ni, naseb baek aku tak definisikan balik apa itu "body contact" Dan yang paling aku suka time jadik Pengarah adalah time Bicara Tokoh dengan Dato Paduka apatah nama dia, dia membahasakan diri dia as abang dan pernah duduk di Kolej jati kat Blok B kalau tak silap. Kini dia CEO and also Non Executive Director untuk beberapa "Public Listed Company". Tq untuk biro makanan time tu,(aku punye benchmark samaada baik atau kurang sesuatu program tu adalah pasal makanan sedap or tak...haha)  tq Jiji (kini Penolong Naib Yang Dipertua MPP) mengaturkan makan malam tu dengan cukup baik....cayalah Jiji and all the gangs who conduct the event, thank u gise.


Koordinator Program Pusat (MMS Dis 2009)
Dan yang terakhir dalam menjadi PM masa bulan 12 yang lepas, aku bertugas as Koordinator Program Pusat, so banyak gak program pusat yang kene handle cam Talk TNC, Amanat VC, Taklimat Kokurikulum dan Hep, Slot Bersama MPP dan sebagainya. Dan yang aku tak leh lupa, time Slot Bersama MPPlah yang kami diberitahu VC pada masa tu "Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah" tidak disambung kontrak dan sejurus lepas perkenalkan diri semua MPP yang ada pada masa tu menyerahkan kepada PM-PM untuk conduct program tu sebab kami kene ke rumah VC untuk berikan sokongan terakhir dan ucapan terima kasih kepada VC selama dia di UiTM.

Tu je la pengalaman aku as PM yang tak seberapa ni, cuma aku sedih sebab tak dapat pengalaman kene marah ngan mak bapak padahal member-member PM ramai yang dah kene...huhu bukan rezki kot or mungkin bila mak bapak tengok muka aku sejuk ati diaorang dan dalam hati diaorang berkira-kira nak jadikan aku menantu diaorang bagi yang ade anak perempuan...hehe perasan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???

Teesside University Malaysian Society

Aidiladha 1432Hijrah