LtDL tiada lagi perlumbaan di Langkawi, Tindakan Bijak Atau Tidak????
Pasti anda ada terbaca tentang kekecewaan pengasas LtDL, Tun M dalam akhbar beberapa hari lepas apabila LtDL tidak lagi akan menjadikan Langkawi sebagai kawasan perlumbaan….Tentunya kekecewaan Tun tersebut berasas apakan tidak, pada pendapat aku yang tidak mempunyai pengalaman meluas tentang LtDL ni juga kecewa atas tindakan tersebut atas beberapa sebab dan rujukan semula pihak penganjur antaranya ialah:
1. Nama Le Tour De Langkawi Tetapi Tidak Ke Langkawi
Tidakkah anda pelik sekiranya nama yang diberikan adalah Penjelajahan Langkawi (Ltdl dalam BM) tetapi tiada pula perlumbaan di Langkawi, ini bagaikan mencantas keunikan yang ada pada LtDL sendiri.
2. Asas LTdL Diadakan
LtDL mula-mula diadakan pada awal tahun 2000, ini adalah atas usaha Tun sendiri untuk menggalakkan dan meninggkatkan pelancongan di kawasan tersebut khususnya dan di Malaysia amnya namun andai kata perlumbaan yang akan diadakan pada tahun ini mencantas kawasan Langkawi sebagai kawasan perlumbaan maka, besar kemungkinan akan ada beberapa pengusaha hotel yang berhadapan dengan suatu kerugian yang besar yang mana sepatutnya pada masa ini mereka boleh menerima keuntungan yang besar.
3. Akan memberi Impak kepada LIMA 2010
Selain daripada itu, sebenarnya LtDL sedikit sebanyak menyumbangkan kepada transaksi yang bakal berlaku pada pameran hujung tahun di Langkawi iaitu LIMA. Transaksi yang biasanya berlaku di LIMA bukan hanya berjuta tetapi mencecah ke Billion ringgit.
4. Langkawi Sepatutnya Tempat Penutup
Langkawi sepatutnya dijadikan kawasan perlumbaan unik dan sekiranya boleh dijadikan tempat perlumbaan terakhir yang biasanya bakal menentukan pemenang-pemenang jersi samaada jersi kuning, biru, hijau atau sebagainya. Andaikata Langkawi tidak lagi digunakan dalam perlumbaan, adalah lebih baik pihak penganjur menukarkan nama LtDL kepada nama yang lain.
Comments