Maafkan Ku Kawan-kawan Semuanya Salahku
Buat kali pertama dalam sejarah sepanjang UiTM ditubuhkan, inilah kali pertama seorang MPP tidak datang ke kelas untuk presentation group bukannya sebab ada mesyuarat tapi sebab terlajak tido.
Pada pagi ni aku sepatutnya ada kelas law kul 8.30 pagi kat Cempaka dan aku jugak akan present tajuk "duties of director" dengan member segroup aku. Aku tido lambat semalam sebab siapkan kertas majong presentation hari ni. Biasernyer kami gunakan LCD tapi entah kenapa kali ni lecturer ni nak guna ketas majong plak.
Dengan nyenyaknyer aku tido dalam kul 5.30 pagi, tup-tup aku tersedar tengok jam dah kul 10.10pagi. Korang bleh agak tak apa ayat yang firstly keluar dari mulut aku lepas aku bangun tu....Astagfirullahalazim.
Aku beristigfar bebanyak kali, bukan sebab aku takut markah presentation aku tapi aku sedih sebab aku dah kecewakan member-member grup aku...aku tengok enset aku ada 2 call, ada 4 mesej saper lagi kalau bukan dari Azraie (Blur), Hisham, Haziq ngan Bob....huhu sori my members.
Aku terus mesej diaorang pas aku bangun tu, nasib baek diaorang ni jenis yang penyabar, yer ar, terima kasih bebanyak rakan-rakan, jasa kalian tunggu aku untuk present next week takkan aku lupakan. Arigator kuzaimase.
Esok ada presentation AIS plak, aku harap aku takkan mengecewakan rakan-rakan aku yang lain plak.
Walau siapapun kita, hak orang lain mesti kita hormati, perasaan orang lain mesti dijaga walaupun kita adalah somebody hari ini, tidak bermakna kita adalah somebody untuk masa akan datang....
Comments