Orang Yang KIta Sayang....

Pernah tidak anda terfikir??? Betapa orang di sekeliling anda yang anda sayang pada bila-bila masa sahaja bisa meninggalkan anda dan pulang menyambut seruan ilahi. Itu adalah kerana insan yang berada di sekeliling anda walau sejauhmanapun anda menyayanginya bisa pulang kerana ia bukanlah milik kita dan ia adalah milik Allah S.W.T.. Mungkin beberapa kali aku kehilangan orang yang aku rasakan rapat dengan aku, namun mimpi semalam menyebabkan aku tersentak dari tidur dalam jam 5 pagi lalu bersolat sunat 2 rakaat demi untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan insan-insan yang berada di sekitar aku.  

Memang benar, kita menghargai sesuatu selepas ia tiada, aku sehabis boleh ingin menghargai semua orang yang berada di sekeliling aku sehabis baik sebelum aku tidak lagi dapat menunjukkan betapa aku menyayangi mereka. Manusia mungkin dipanggil pada bila-bila masa sahaja, tidak mengira yang tua mahupun muda, yang kaya mahupun miskin....Yang penting bagaimana kita menggunakan lima sebelum lima untuk menghargai insan-insan yang berada di sekeliling kita. 

Kepada insan-insan yang mengenali diriku, aku mohon seribu kemaafan andai kata dalam pertemuan kita ada hati yang terguris, ada kata-kata yang bisa memecahbelahkan kita dan yang paling penting aku ingin memohon maaf samaada aku melakukan kesilapan dan kesalahan kepada kalian atau tidak, dan samaada terang-terangan ataupun sembunyi kerana aku hanyalah manusia biasa yang tidaklah sesempurna kekasih Allah S.W.T., Nabi Muhammad S.A.W., dan kepada semua yang mengenali aku ingatlah betapa aku menyayangi diri anda walaupun mungkin anda cukup membenci manusia yang menulis entri ini.

 Sekian....


Ashraf Zabidi




Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???