My Favourite Poem By Tun....

Perjuangan Yang Belum Selesai/The Unfinished Business

 

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat
Dari melihat bangsaku dijajah
Tiada yang lebih menyedihkan 
Dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada kepunyaan
Sejarah silam tiada maknanya 
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir 
Dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan 
Bagi menegakkan kemuliaan dan darjat bangsa
Selangkah bererti marah
Mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih 
Asalkan langkah itu yakin dan cermat
Bagi memastikan negara merdeka dan bangsa merdeka

Air mata selsema mengiringi setiap langkah bapak-bapak kita
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan
Mengisi kemerdekaan itu jauh  lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil lagi dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara malah penakluk terkemuka
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap 
Menjadi pedagang dan Peniaga
Selain menjadi ulamak dan ilmuwan terbilang

Bukankah bangsaku pernah menharung samudera
Menjelajah dunia yang  tak dikenang
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
 Yang tidak mengenal erti takut dan kematian
Dimanakah silapnya
Hingga bangsaku berasa begitu kecil dan rendah diri

Apakah angkara penjajah
Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan silam
Dan sejarah gemilang dalam membina empayar
Tugas kita belum selesai rupayanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
Kerana hanya bangsa yang berjaya yang akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku perjalanan kita
Bukan sekadar mencapai kemerdekaannya tetapi menangkat darjat dan kemuliaan
Buat selama-lamanya

Hari ini jalan ini
Pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan Syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan  tabah mampu membina mercu bangsanya yang berjaya

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis