Bayi Ibarat Kain Putih....

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak laporan tentang kes-kes pembuangan bayi, zalim sungguh manusia keatas insan yang baru menjenguk ke dunia ini. Dimanakah nilai manusia kini? Adakah di tong-tong sampah, di longkang-longkang atau pun di loji-loji kumbahan. Bukankah manusia itu dilahirkan bagai kain putih yang sepatutnya dicorakkan mengikut warna-warna yang pelbagai yang dirahmati Allah tuhan pencipta sekian alam.

Tidakkah anda penat membaca ribuan kes pembuangan bayi seperti kes-kes dibawah ini. Kanak-kanak comel ini tidak bersalah, andaikata dosa berzina telah pun dilakukan, takkanlah pula hendak ditambah lagi dengan dosa membunuh manusia. 2 dosa besar yang tidak mendapat keampunan Allah S.W.T.

Kes-kes yang berlaku ini sepatutnya bukan hanya sekadar bahan bacaan tetapi menjadikannya teladan bagi kita khususnya yang asyik bercinta (bercinta tidak salah namun ke mana akhirnya cinta harus menjadi persoalannya). Jangan kerana terbudi, jiwa insan kecil ini menjadi mangsa. 

Tidakkah kita rasa betapa insan-insan comel ini sepatutnya dibelai dengan sebaiknya kerana mereka ini insan yang suci bersih tidak sepatutnya menjadi mangsa seperti mangsa-mangsa di bawah. Andai kata anda tidak sanggup melihat bayi-bayi yang menjadi mangsa ini, apatah lagi saya yang terpaksa memilih gambar mangsa-mangsa untuk dipaparkan ke dalam blog bagi tontonan umum agar apa yang berlaku tidak kita lakukan dan dijadikan tauladan di dalam kehidupan kita seharian. 





Sesungguhnya ingatlah betapa setiap yang kita kerjakan samaada baik mahupun buruk bakal dibalas oleh Allah, sekiranya bukan di atas dunia, ia akan dibalas di akhirat kelak. Dan ingat jugalah betapa dosa membuang bayi itu adalah sama besarnya dengan dosa membunuh iaitu sekali lagi saya ulangi, ia antara 7 dosa yang tidak akan diampuni oleh Allah S.W.T.

Ada segelintir yang menyalahkan wanita semata-mata dalam isu pembuangan bayi ini namun sebenarnya yang bersalah pada pendapat saya adalah lelaki yang sepatutnya mengajar wanita ke arah yang betul dan bukannya kearah sebegini dan kemudian setelah berbadan dua ditinggalkan terkontang-kanting dan tidak bertanggungjawab atas apa yang berlaku. "Rijalun kawamum al-nisa....".
Saya tinggalkan anda dengan wajah si comel yang cukup comel seperti saya...haha (melawak). Mereka inilah bakal pelapis masa depan kita dan merupakan bakal-bakal pemimpin negara pada suatu hari nanti. 





Bukankah ceria sungguh wajah si comel ini yang mana mereka masih bertatih dalam menjalani liku-liku kehidupan. Sinarilah hidup mereka dengan senyuman kerana mereka ini adalah rezeki yang dikurniakan Allah kepada hambanya. 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???