Anak Angkat Yang Lucu.....

First time aku baca kat akhbar kat Kedai Rahmat semalam macam nak gelak guling-guling jek, kat situ entah bagaimanalah seorang budak genius yang baru abeh SPM mampu menggulingkan seorang Exco Kerajaan Negeri untuk yang mana akhir tersebut Exco mengescortnya dan diberikan layanan terbaik ala anak raja dalam lawatannya ke Kem PLKN....haha macam-macam. 

Sudah menjadi lumrah manusia kan...kalau ada pangkat...ada darjat...ada harta diangkat bagai nak rak. Agak-agak kan kalau aku menyamar identiti kat jadi Prince Of Scotland ke, orang boleh percaya tak...haha. (X payah jawap). 
Pagi ini keluar di muka berita Kosmo Online Tengku Puan Pahang berasa lucu tentang kes penyamaran yang berlaku yang mana turut hairan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) kerana tidak menyiasat identiti sebenar remaja terbabit.

Keratan Akhbar Daripada Kosmo Online

Manakala menurut Utusan Malaysia Online pula anak angkat palsunya itu pernah memohon untuk memohon sembah kira-kira sebulan yang lepas.

‘Tuan Muda’ pernah mohon menghadap – Tunku Azizah (Berita Utusan)

KUALA LUMPUR 11 April – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar mendedahkan remaja yang menyamar sebagai ‘Tuan Muda’ pernah menghantar surat memohon perkenan untuk menghadap baginda kira-kira sebulan lalu.

Tunku Azizah bertitah, dalam suratnya remaja yang berasal dari Bera, Pahang itu memaklumkan pernah bertemu dengannya sewaktu melawat kawasan banjir dan mendakwa dititahkan untuk memanggil baginda sebagai Mummy atau Aunty.

Merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana tidak pernah mengenali remaja itu, baginda mengarahkan setiausahanya menyimpan sahaja surat berkenaan di dalam fail tanpa sebarang tindakan lanjut.

Titah baginda, kisah remaja tersebut kembali diperkatakan kelmarin apabila setiausahanya memaklumkan persamaan namanya dengan orang yang menyamar sebagai ‘Tuan Muda’.

“Jadi saya pun ketawalah, saya suruh buat laporan polis dan pesan jangan apa-apakan dia, mungkin dia tak sihat.

“Laporan polis dibuat bagi menjaga imej istana Pahang, kita tidak mahu dia buat perkara bukan-bukan seperti minta duit daripada orang,” titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Surat Penajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) kepada 42 pasangan suami 

 Manakala menurut MyMetro pula remaja ini disuspek bertindak di dalam kumpulan melalui tajuk berita di dalam MyMetro iaitu:
  

KUANTAN: Seorang remaja berusia 18 tahun dikesan menyalahguna kepintarannya apabila memperdaya Ketua Pengarah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil dengan menyamar sebagai kerabat diraja Pahang untuk memasuki dua kem PLKN di negeri ini sebagai orang kenamaan (VVIP).

BERANI... Superitendan Zulkifli  menunjukkan gelaran Tuan Muda yang tertera pada pakaian seragam PLKN lelaki yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang pada sidang akhbar di Kuantan semalam.
BERANI... Superitendan Zulkifli menunjukkan gelaran Tuan Muda yang tertera pada pakaian seragam PLKN lelaki yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang pada sidang akhbar di Kuantan semalam.
Timbalan Ketua Polis daerah, Superintendan Zulkifli Taha, berkata remaja terbabit mendakwa dia anak angkat kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan bergelar Tuan Muda bagi memasuki Kem PLKN Kampung Hijrah, Penor dan Kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating, di sini.

Menurutnya, remaja terbabit juga memalsukan dokumen yang menggunakan kepala surat Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kononnya ingin membuat lawatan rasmi di kedua-dua kem berkenaan.

“Kes pertama berlaku pada 14 Mac lalu apabila suspek membuat lawatan di Kem PLKN Kampung Hijrah dan kedatangannya disambut meriah dalam satu majlis khas disertai seorang Exco negeri.

“Kes kedua pula di Kem PLKN Cahaya Gemilang pada 5 April lalu apabila suspek bersama komandan kem berkenaan menyambut ketibaan Ketua Pengarah PLKN di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah sebelum dibawa ke kem itu untuk satu majlis khas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, semalam.
Zulkifli berkata, di kem berkenaan, suspek diberi penghormatan untuk menyemat tanda nama pelatih PLKN yang lazimnya dilakukan Ketua Pengarah PLKN di samping dipakaikan uniform khas tertera gelaran Tuan Muda.

“Namun seorang pelatih kem berkenaan mengecam wajah suspek yang dikenali sejak kecil yang turut menjadi rakan baik ketika belajar di sekolah sama di Bera.

“Pelatih berkenaan kemudian mendedahkan perkara itu kepada pihak kem sebelum polis menerima aduan daripada pihak istana pada 8 April lalu,” katanya.

Katanya, susulan aduan itu suspek ditangkap di sebuah rumah di Pekan, kira-kira jam 5.30 petang, kelmarin, hasil maklumat awam.

Dia disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan direman hingga 13 April ini.

“Siasatan lanjut mendapati suspek juga pelajar pintar di sekolahnya apabila memperoleh 9A dan 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keputusannya diumumkan baru-baru ini.

“Polis menyiasat motif tindakan suspek menyamar sebagai kerabat diraja Pahang dan kemungkinan pembabitan orang lain dalam penipuan ini,” katanya.

Dalam kita merasakan berita ini adalah lucu tidakkah kita terfikir betapa walaupun seseorang itu bijak dengan IQ yang tinggi iaitu 9A1B tetapi SQnya pula rendah adakah ini bermakna sistem pembentukan remaja di negara kita semakin lama semakin malap sedangkan pendidikan terus maju setapak demi setapak ke hadapan. Adalah sangat merugikan negara andaikata semua pelajar bijak pandai negara mengikut jejak langkahnya bukan merendah-rendahkan tetapi persoalannya mengapa pelajar sebijak dia berfikir untuk melakukan tindakan ini adakah disebabkan desakan hidup ataupun salah masyarakat kita yang memandang ke arah harta, pangkat dan darjat semata-mata (tidak semua). Sehinggakan seorang Exco Kerajaan Negeri yang petah berkata-kata di Dewan Undangan Negeri boleh tertipu dengan penyamaran seorang budak lepasan SPM yang masih muda. Huhu....entahlah dunia oh dunia...


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???