Lirik Sepohon Kayu & Kehidupan.....

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya


Pohon boleh kita gambarkan sebagai hidup kita manakala buah pula adalah amal ibadah yang kita lakukan setiap hari. Selama mana pun kita hidup andai bukan jalanNya kita cari dan solat tidak kita dirikan maka tidak ada gunanya kehidupan kita.

Kami berkerja sehari-hari
Untuk belanja rumah sendiri
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
Supaya Allah menjadi sayang
Kami berkerja hatilah riang
(Ulang 1)

Bekerja berhari-hari untuk belanja rumah sendiri boleh kita bayangkan sebagai persiapan kita untuk mendirikan rumah di akhirat kelak dengan amalan yang kita lakukan di dunia ini.Bekerja supaya Allah menjadi sayang, kita bekerja dengan niat lillahitaala maka hati kita akan menjadi riang dalam melakukan kerja-kerja kita.


Kami sembahyang fardhu sembahyang
Sunat pun ada bukan sebarang
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
Hidup di kubur yatim piatu
Tinggallah seorang dipukul dipalu
( ulang 1 )

Sembahyang bukanlah suatu perkara mainan yang mana ia mempunyai rukun2 untuk kita ketahui. Solat sunat juga mempunyai pelbagai jenis dan bukannya hentam kromo sahaja. Kerana jika kita lalai dalam mengerjakan solat apabila di kubur nanti, pembalasannya amatlah berat apatah lagi di akhirat kelak.

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi
( ulang 1 )

 

Dipukul dipalu sehari-hari, ada dua maksud disini. Yang pertama dalam usaha mendidik anak-anak yang enggan bersolat khususnya yang telah berusia 10 tahun, pukullah ia kerana biar rugi sedikit masa untuk bersolat daripada rugi selama-lamanya di akhirat kerana tidak bersolat.Maksud yang kedua pula jangan diakhirat setelah kita dipalu setiap hari barulah kita sedar tentang kesilapan kita di dunia dan barulah hendak sedarkan diri dimana pada ketika itu telah pun terlewat. 


Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis