7 Langkah Manusia Berjaya Dari Dr Danial Zainal Abidin, Presiden Perubatan Islam Malaysia

Actually beberapa hari lepas aku berpeluang untuk lepak di MPH Bookstore dan terbaca sebuah buku yang bertajuk "7 Langkah Manusia Berjaya" yang ditulis oleh Dr Danial Zainal Abidin . Antara isi penting buku tu walaupun aku tak membelinya (hehe)  ialah:
 


Buku 7 Formula Individu Cemerlang....


Dr Danial Zainal Abidin, Presiden Perubatan Islam Malaysia



7 Formula tersebut termasuklah: 
1. Kenali Potensi Diri
Setiap manusia mempunyai potensi diri untuk digilap dan diwarnakan dengan warna kecemerlangan namun ia berbalik kepada kita untuk mengenali potensi diri kita sendiri.  Kerana dengan potensi sahaja tanpa usaha untuk menggilap potensi tersebut mungkin kecemerlangan tersebut tidak bermakna. Mungkin potensi diri kita adalah berupaya untuk menghasilkan idea-idea yang boleh menguntungkan perniagaan namun sekiranya tiada usaha dalam melibatkan diri dalam berusaha mungkin potensi ini tiada gunanya.

2. Meledakkan Takwa
Kita berusaha tetapi tanpa memohon keberkatan daripada Allah mungkin usaha kita sukar untuk berjaya. Memang benar setiap yang berusaha pasti berjaya atau "manjadda wajadda" tetapi kepadaNyalah kita kembali dan segala kejayaan adalah milikNya. Justeru itu untuk berjaya kita mesti meledakkan dan meningkatkan iman yang ada di dalam hati kita agar setompok darah hitam di hati kita dapat ditampung oleh segenang isi hati yang penuh ketaatan kepadaNya.

3. Bermatlamat Dan Berwawasan
Walau siapapun kita, kita mesti mempunyai matlamat dan wawasan dalam hidup untuk dicapai. Pencapaian sesebuah matlamat bukan bermakna kita boleh berhenti namun apa yang perlu kita lakukan adalah untuk meletakkan matlamat baru yang lebih tinggi untuk dicapai. Sebagai contoh andai kata matlamat kita adalah untuk mendapat CGPA 3.5, mungkin setelah matlamat ini dicapai kita boleh meletakkan matlamat yang lebih tinggi untuk dicapai mungkin CGPA 4.00 pula.

4. Memelihara Amanah
Amanah merupakan salah satu sifat nabi disamping 3 sifat yang lain. Setiap dari kita memegang amanah, amanah seorang anak, amanah seorang abang, amanah seorang adik, amanah seorang pelajar dan amanah dari organisasi kita sendiri. Tetapi amanah yang paling penting adalah amanah dari Allah kepada kita sebagai hamba dan khalifah dalam mentadbir bumi.Amanah bukanlah suatu perkara untuk kita boleh permainkan kerana amanah yang kita pegang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.    

5. Berfikiran Positif 
Berfikiran positif atau "positive thinking" adalah  formula yang kelima untuk bergelar manusia berjaya. Manusia positif sentiasa melihat masalah sebagai cabaran bukannya sebagai halangan,  manusia positif juga tidak mudah untuk menyerah kalah kerana padanya selagi kita hidup selagi itulah kita mempunyai peluang untuk mencuba lagi.

6. Melonjakkan Ilmu
Sekiranya kita mahukan dunia perlukan ilmu, akhirat perlukan ilmu, kedua2nya juga perlukan ilmu. Cintailah ilmu kerana ilmu yang akan menjaga kita, duit yang banyak boleh habis namun ilmu yang dimanfaatkan tidak akan pupus nilainya dek zaman. Biasakanlah diri kita berkunjung ke kedai-kedai buku kerna disitulah wujudnya gedung ilmu, ilmu juga boleh kita dapatkan di masjid-masjid dan surau-surau dalam mengejar pahala di akhirat.


7.Menyantuni manusia 
Setiap manusia berhak untuk disantuni walaupun manusia tersebut membuatkan kita marah dan sebagainya. Manusia yang marah sekiranya kita santuni mereka mungkin kemarahan mereka boleh reda. Memang benar manusia itu pada hakikatnya sentiasa membuat kesilapan walau sekecil-kecil zarah namun kita sebagai manusia perlu berubah, sedikit demi sedikit kerna perubahan yang besar mungkin tidak kekal lama namun perubahan yang sedikit demi sedikit mungkin boleh kekal lama....insyallah. 

Lebih kurang gitu ar yang ak baca dalam buku tu...nak yang lanjut boleh pergi MPH beli buku ni...hehe sempat lagi promote. Walaupun panjang lebar aku terangkan tapi tidak bermakna aku adalah insan yang baik yang mempunyai kesemua formula tu. Aku pun masih cuba untuk adapt diri dengan formula tersebut....amin....

"Membaca jambatan ilmu"

Mohd Ashraf Bin Mohd Zabidi
Pengulas Buku Khas Untuk Blog What Does It Mean By Human Being

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis