Posts

Latihan Pemanduan Semula Bersama Cikgu Salim & Socar

Image
(Sumber:  https://www.facebook.com/latihanmemandusemula ) Selepas kemalangan hampir 6 tahun lepas dengan kereta member office, Saharah di hari terakhir dia berkhidmat untuk Gading dan menyebabkan hampir sebahagian gaji digunakan untuk membaiki semula kereta yang dilanggar memang menyebabkan aku serik lagi untuk memandu dan terfikir untuk menggunakan kapchai dan ETS seumur hidup.😅 Namun pada bulan Disember 2019, saya kembali memberanikan diri untuk hadir ke satu kelas pemanduan semula oleh Cikgu Salim yang mana pernah dihubungi dalam 6 bulan sebelum itu tapi belum berkesempatan namun ternyata rezeki dan nikmat Allah itu tidak pernah salah alamat sekiranya ilmu itu milik kita insyallah Dia akan berikan.  Ikhlasnya saya memang tidak terfikir akan mampu memandu walaupun mungkin dipandang mudah oleh kebanyakan rakyat Malaysia, namun dengan tunjuk ajar dan dorongan Cikgu Salim dan latihan yang di hadiri sebanyak 3 kelas iaitu setiap kelas diantara tempoh sejam ke ...

The City of Surfers, Gold Coast Australia

Image
Alhamdulillah, perjalanan kami pada kali ini sekali lagi ke negara Kangaroo yang baru-baru ini menghadapi kebakaran hutan yang agak besar yang meragut nyawa hampir 500 juta populasi Kangaroo dan Koala. Kali ini destinasinya adalah ke pantai terkenal Australia di sini iaitu Gold Coast.  ******************************Itinerari Perjalanan ***************************** Hari Pertama  - Bertolak dari KLIA 2 - 11.55 Malam  Hari Kedua  - Sampai di Coolangaata Airport  - Pickup Kereta  - Check in Airbnb Homestay - Chevron Renaissance  Hari Ketiga   - Seaworld Theme Park  - Pacific Fair Shopping Centre Hari Keempat   - Lone Pine Koala Sanctuary  - The Myer Shopping Centre  Hari Kelima   - Skypoint  - Australia Fair Shopping Centre  Hari Kenam  - Checkout Airbnb Homestay - Bertolak pulang ke KLIA2 dari Coolangaata Airpor...

Langkawi The Legendary Island

Image
Lepas dekat sebulan lebih planning, saya dan beberapa member daripada ofis telah berjaya menjadikan rancangan percutian kami suatu realiti pada 11 hingga 13 Oktober 2019.  Pada hari pertama iaitu hari jumaat, kami bertolak dari KLIA2 dalam jam 8.25 malam berikutan hari tersebut merupakan hari kerja dan terpaksa mengambil penerbangan malam. Alhamdulillah, cuaca baik dan penerbangan Airasia yang kami gunakan menepati masa tanpa sebarang delay samaada untuk penerbangan pergi mahupun pulang walaupun penerbangan ini pada waktu malam.   Percutian selama 3 Hari 2 Malam ini agak lancar berikutan cuaca yang baik dan hanya hujan renyai sesekali. Pakej ini mungkin tidaklah terlalu murah atau terlalu mahal namun agak selesa andai kata kita mahu membawa keluarga mahupun ibu ayah ke sini. Langkawi pada saya adalah sebuah destinasi yang cantik setanding destinasi yang pernah dikunjungi sebelum ini.  Dua tempat tarikan utama yang tidak kami pergi adalah Island Hoping d...

Europe Trip 2019 : Paris - London - Glasgow - Amsterdam

Image
You can take the boy out of Glasgow but you can't take Glasgow out of the Boy Syukur Alhamdulillah, setelah 30 tahun,  saya berjaya membawa ibu dan ayah kembali ke tempat saya dilahirkan dan tempat abah pernah belajar dulu iaitu Glasgow ,Scotland. Perjalanan kami bermula daripada KLIA dan sampai ke Paris Charles De Gaulle (CDG) Airport keesokan harinya selepas transit selama 2 jam di Qatar Hamad International Airport melalui penerbangan Qatar Airways.   Ini adalah kali ketiga saya ke eropah setelah tahun 2012 iaitu semasa mengikuti Program Pertukaran Pelajar di UK selama 6 bulan yang dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam.   Namun ini adalah kali pertama saya datang dengan ibu dan ayah setelah kali terakhir kami ke eropah adalah semasa aku lahir iaitu 30 tahun yang lepas. Hari Pertama Sesampai sahaja kami di CDG Airport, kami dibawa oleh pemandu ke Hotel Bruxelle Residence yang terletak lebih kurang 45 minit daripada CDG Airport...

Daripada Shah Alam ke Ipoh Bersama Penerbangan Malindo Air

Image
Perjalanan Shah Alam - Ipoh Sebenarnya sebagai orang yang berasal dari Ipoh, Perak saya dah lama nak melalui pengalaman menggunakan Lapangan Terbang Sultan Azlan. Alhamdulillah pada 18 - 21 Januari 2019, hasrat ini telah tercapai dengan menggunakan cara yang jarang-jarang digunakan untuk perjalanan ke Ipoh dari Shah Alam.  Dari Shah Alam ke Ipoh: (18/1/2019) Menaiki Komuter dari Batu Tiga, Shah Alam Ke KL Sentral  Stesen Komuter Batu Tiga Sebenarnya menaiki komuter dari Shah Alam mengambil masa yang agak lama iaitu hampir sejam namun kerana saya tidak mengejar masa, saya tidak kisah jam berapa akan sampai yang penting cukup masa untuk solat di KL Sentral dan sempat untuk menggunakan Airport Coach pada jam 8 malam.  Menaiki Airport Coach Bus dari KL Sentral ke KLIA Sebelum ini saya selalu menggunakan KLIA Express untuk ke KLIA dengan harga RM99 untuk return ticket, tetapi dengan Airport Coach Bus anda hanya perlu membayar RM18 untuk airpor...

Annyonghaseyo from Seoul, South Korea

Image
Alhamdulillah, setelah merancang hampir 5 bulan, pada 26 Januari sehingga 1 Februari 2018 saya telah berjaya membawa keluarga untuk menjejakkan kaki ke negara Winter Sonata iaitu Korea Selatan. Tiada visa diperlukan oleh rakyat Malaysia untuk masuk ke negara ini.  Hampir semua tempahan tiket penerbangan, hotel, homestay, entrance tickets, airport transfer dan driver telah kami booking melalui website rasmi Airasia, TuneHotel, AirBnb, Viator, Seoul Travel Pass.com and Trazy.com. Website-website seperti Seoul Travel, Viator dan Trazy ini boleh dipercayai, tetapi sekiranya anda beli di kaunter pusat pelancongan yang anda ingin pergi anda berpeluang mendapat harga tiket yang lebih menarik. (25%-30% discount). Day 1: Check In Tune Hotel KLIA2 Family Room Kami telah menempah Tune Hotel KLIA2 family room yang menyediakan katil untuk 4 orang,oleh kerana kami datang berlima, kami membawa comforter tambahan sebagai tempat tidur tambahan kerana hotel ini tidak menyediakan tambahan ...