Posts

Cari Perbezaan...

Image
  Dato Sri Najib Tun Abdul Razak     Yang Ni Bakal Dato Sri...haha....insyallah   "Cita-cita biar setinggi awan, tak mencapai awan akan terdampar di gunung yang tinggi"

Looking Forward For Internship....

Image
Dalam masa 2 minggu lagi akan mulakan kehidupan berpraktikal, syarikat yang mana pengerusi dia adalah seorang bekas pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam, Datuk Abdul Halim. Dean kalau bersembang mesti cakap pasal dia ni and Datuk sendiri selalu turun ke UiTM dalam hari Sabtu biasanya untuk round2 kawasan UiTM. Yelah kan tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat yang membawa kejayaan dalam hidup.  Dato' Abdul Halim, President and CEO Of UMW Holdings UMW Toyota sebenarnya mempunyai banyak subsidiari dan aku bakal diletakkan di Department of Accounting And Finance salah sebuah syarikat subsidiari dia iaitu Lubetech, syarikat pengeluar Penzoil. Orang kata tak kenal maka tak cinta, so time boring2 ni carik maklumat sket2 pasal Lubetech and UMW.  UMW kat Seksyen 15 Boleh outstation gi China ni...haha yer le tu padahal dok diam kat department jek... Syarikat UMW ni sebenarnya ada 5 teras perniagaan utama atau "Core Business", automotive, equipment, manufacturing...

What Is Nufnang...

Image
N ufnang sebenarnya salah satu cara buat duit termudah bagi bloggers, sambil layan  blog sambil tu dapat duit. Nak tahu caranya? 1. Daftar dengan Nufnang 2. Add blog yang anda mahu menggunakan Nuffnang. 3. Selepas mendaftar klik satu option untuk advertisement, dan copy html yang ada disitu ke dalam blog anda.  4. Dan pergi ke blog anda, setiap kali ada advertisement keluar klik kat advertisement tu  (ads x kuar setiap kali, depend to time and it is random)  5 . Setiap kali klik anda akan dapat RM0.25 dan chek akan dihantar kepada anda selepas jumlah akaun anda mencecah RM50.  * Sebenarnya Syaffiq yang ajar saya buat akaun ni sebab saya suka berblogging dalam menyampaikan informasi kat orang lain boleh wat duit. Tapi depend la kalau cam blog fakulti or blog part (dinner) saya tak letak nufnang coz ia macam conflict of interest je kan.Apepun Tq Syaffiq sbb memperkenalkan bende ni kat saya...

Merokok Pencetus Pembangunan Negara

Image
Tidak dinafikan lagi andai kata anda tidak merokok memang cukup merugikan kerana kesan-kesannya seperti  dibawah: Barah Paru-paru  Kelelahan akibat COAD dan emphysema  Kerosakan pada salur darah spt peripheral vascular diseases Kanser pundi kencing Kesan-kesan menarik merokok yang lain  Air mani tidak normal Lemah ingatan Jika mengandung anak boleh terbantut perkembangan Meningkat risiko kecederaan pada anak yang di kandung Risiko kerosasakan sistem pernafasan pada bayi atau anak kecil Risiko mengidap berbagai jenis barah @ kanser meningkat So pendek kata sapa yang tak merokok tu merokok la ek, dan sapa yang dah siap sedia merokok teruskan merokok sehingga anda dapat kesan-kesan menarik merokok itu...okeh... Iklan ini dibawakan khas kepada anda oleh  What Does It Mean By Human Being Blog Site

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi -Yusry

Pengkid

Image
Seperti yang anda semua tahu baru-baru ini KTMB memperkenalkan Koc Merah Jambu untuk penggunaan wanita yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang. Antara sebab penggunaan Koc Merah Jambu ini adalah kerana gangguan seksual yang berlaku kepada wanita terutama di waktu-waktu puncak.  KTMB Mungkin itu mengurangkan isu gangguan seksual lelaki terhadap wanita namun masalah lain pula timbul apabila gangguan seksual yang dilakukan oleh wanita terhadap wanita atau lebih popular dipanggil "pengkid". Macam-macam cerita, solusi sesuatu masalah membawa kepada masalah lain. Kini "pengkid" mencari koc merah jambu ini untuk mencari mangsa-mangsa mereka. Anda boleh rujuk link ini untuk bacaan lebih lanjut tentang isu "Koc Merah Jambu" ini dan sudah menjadi lumrah, setiap kebaikan ada keburukannya dan dalam setiap keburukan terselit kebaikan di dalamnya. 

Selamat Hari Guru

Esok 16 Mei 2010 adalah Hari Guru di seluruh Malaysia yang mana sambutannya akan diadakan pada 17 Mei 2010. Dengan tema " Guru Pembina Negara Bangsa". Kepada semua insan bergelar guru saya mengucapkan selamat hari guru dan di kesempatan ini juga mengucapkan ribuan terima kasih atas pengorbanan para guru  dari SK Sungai Raya dan SMK Seri Ampang Ipoh, terima kasih kerana atas jasa kalianlah yang menjadikan saya seorang manusia. Terima kasih Sekali lagi.