Latihan Pemanduan Semula Bersama Cikgu Salim & Socar
(Sumber: https://www.facebook.com/latihanmemandusemula ) Selepas kemalangan hampir 6 tahun lepas dengan kereta member office, Saharah di hari terakhir dia berkhidmat untuk Gading dan menyebabkan hampir sebahagian gaji digunakan untuk membaiki semula kereta yang dilanggar memang menyebabkan aku serik lagi untuk memandu dan terfikir untuk menggunakan kapchai dan ETS seumur hidup.😅 Namun pada bulan Disember 2019, saya kembali memberanikan diri untuk hadir ke satu kelas pemanduan semula oleh Cikgu Salim yang mana pernah dihubungi dalam 6 bulan sebelum itu tapi belum berkesempatan namun ternyata rezeki dan nikmat Allah itu tidak pernah salah alamat sekiranya ilmu itu milik kita insyallah Dia akan berikan. Ikhlasnya saya memang tidak terfikir akan mampu memandu walaupun mungkin dipandang mudah oleh kebanyakan rakyat Malaysia, namun dengan tunjuk ajar dan dorongan Cikgu Salim dan latihan yang di hadiri sebanyak 3 kelas iaitu setiap kelas diantara tempoh sejam ke ...