Langkawi The Legendary Island
Lepas dekat sebulan lebih planning, saya dan beberapa member daripada ofis telah berjaya menjadikan rancangan percutian kami suatu realiti pada 11 hingga 13 Oktober 2019. Pada hari pertama iaitu hari jumaat, kami bertolak dari KLIA2 dalam jam 8.25 malam berikutan hari tersebut merupakan hari kerja dan terpaksa mengambil penerbangan malam. Alhamdulillah, cuaca baik dan penerbangan Airasia yang kami gunakan menepati masa tanpa sebarang delay samaada untuk penerbangan pergi mahupun pulang walaupun penerbangan ini pada waktu malam. Percutian selama 3 Hari 2 Malam ini agak lancar berikutan cuaca yang baik dan hanya hujan renyai sesekali. Pakej ini mungkin tidaklah terlalu murah atau terlalu mahal namun agak selesa andai kata kita mahu membawa keluarga mahupun ibu ayah ke sini. Langkawi pada saya adalah sebuah destinasi yang cantik setanding destinasi yang pernah dikunjungi sebelum ini. Dua tempat tarikan utama yang tidak kami pergi adalah Island Hoping d...