Posts

Showing posts from March, 2013

Sun2Cash

Image
Alhamdulillah, masuk bulan ni dah 6 bulan bergelar seorang purchaser di salah sebuah syarikat pembekal tenaga solar di Malaysia. Produk utama syarikat ini antaranya ialah Sun2Cash. Produk ini merupakan sebuah produk pelaburan yang menjanakan pulangan daripada tenaga solar yang terhasil daripada panel-panel solar yang dipasang diatas rumah, tenaga solar ini kemudiannya akan dibekalkan kepada Tenaga Nasional Berhad mengikut rate seperti terdapat didalam perjanjian REPPA yang akan berjalan selama 21 tahun.  Konsep produk ni mudah, anda pasang panel solar di rumah anda dan TNB akan bayar anda setiap bulan. Makin besar kawasan atap rumah anda maka makin besar tenaga solar yang boleh dihasilkan hasilnya makin banyak wang yang akan dibayar oleh TNB kepada anda setiap bulan. Pendek kata produk ini adalah produk pelaburan kepada anda sebagaimana ASB cuma hasil pulangannya lebih tinggi (lebih kurang 10%).  Pulangan 21 Tahun    Pembayaran daripada TNB ini adalah set...