Alhamdulillah, dapat jugak jejak kaki kat bandar yang aku teringin nak pergi lepas je tengok cerita "Cinta Antara Benua" (1997), Newcastle. Tempat ni lah yang telah menjadi medan atau tempat kegemilangan pemain lagenda England, Alan Shearer. Stadium St James Park, stadium rasmi pasukan Newcastle United Bar sempena nama pemain lagenda Newcastle, Alan Shearer Sebenarnya sesampai je kami kat bumi UK ni dulu, ni lah bandar pertama yang kami jejak tapi pada masa tu tak sempat pulak nak berjalan kat situ sebab driver daripada universiti yang datang ambil kami dah menunggu. Kali ni kami datang dengan tujuan serampang dua mata untuk teman kawan2 dari Jordan yang datang bercuti ke UK dan sambil2 meneroka bandar "Kota Bharu" ni. Patut bangga atau tak dengan syarikat Malaysia ni, Genting Berhad Kalau bukan kerana UiTM, entah bila aku akan jejak kaki kat bandar yang mempunyai senibina antara yang paling moden pernah aku tengok sepanjang...