Susah Ke?
Dah berapa banyak yang Allah kurniakan kat kau Dah berapa banyak kemanisan dah kau kecapi Dah berapa banyak kepahitan yang telah kau selami Dah berapa pengalaman dari kepahitan yang dah kau pelajari Dah berapa banyak benda yang kau dapat selama 23 tahun hidup kat dunia ni, Banyak tak terkira kan Cap, tapi selalu tak ko bersyukur Cap??? Ingatkah kau, Sedang kau susah Allah berikan kau laluan, Sedang kau payah Allah berikan kau jalan, Sedang kau merintih Allah kurniakan insan sebagai bantuan, Tapi pernah tak kau bersyukut Cap??? Bukan susah pun bersyukur tu Cap, Jangan tinggalkan solat yang lima, Jangan lupa ucapkan alhamdulillah tika kau bermanisan, Jangan kau lupa kesusahan tu datangnya dengan kemanisan Kerana Allah lebih mengetahui Kerna sesungguhnya Dialah Maha Mengetahui =))