Posts

Showing posts from October, 2010

Aku Punya November 2010

Image
Isnin ni akan masuk bulan terakhir berprektikal (ejaan mengikut kamus aku sendiri), selepas 5 bulan kat UMW Pennzoil Distributor ni, sayang lak aku nak tinggalkan. Kadang2 kita kena lepaskan benda yang kita sayang, untuk benda yang lebih penting....chewah...Sape kata kat commercial sector tak buzy, eh pergi kol 8 balik kol 8 la.....kengkadang ar....he3. Paling lewat pun kol satu je...je? ha3. Tu pun coz nak siapkan business plan. Alhamdulillah la, bukan takat FAR (yang banyak kali aku repeat tu) ditest kat sini, tapi MAF, ETR, IB, BEL, AIS...dan sume2 tu memang dapat belajar kat sini ar dan sume tu aku hadapi ngan tenang. Alhamdulillah....memula rasa "eh aku wat the right decision ke ni, orang gi audit, aku gi commercial" tapi lepas berborak ngan Manager aku (manager aku? Cam artis lak....) Actually go to commercial sector, is better sometime. Depend to what u want to be. If u want to be a CFO, so then there u are...commercial sector is the best to go for....whatever it is, i...

Terima Kasih Budi, "Thank You" Bahasa

Image
Pada suatu zaman dahulu ada dua orang rakan yang bernama Budi dan Bahasa.  Budi keturunan jawa manakala Bahasa pula dari keturunan yang bercampur-campur Melayu ada, Cina ada, India juga ada, pendek kata semua ada dan memang boleh dianggap Bahasa sebagai keturunan 1 Malaysia. Budi dan Bahasa berkawan baik seperti kata pepatah bagai isi dengan kuku atau bagai irama dengan lagu seperti kata Seniman Tan Sri P Ramlee. Tanpa Budi rosaklah Bahasa dan tanpa Bahasa sukar Budi untuk difahami. Budi ini sangat suka berbudi kepada semua insan yang ditemuinya tanpa mengira pangkat, darjat mahupun keturunan kerana satu prinsip yang dipegang oleh Budi selama ini iaitu “Yang bulat itu kendi, yang merah itu saga, Yang indah itu budi yang cantik itu bahasa” dan juga sentiasa memupuk nilai-nilai murni di dalam dirinya agar silratulrahim dapat dieratkan dan kasih sayang sesama manusia sentiasa terbina.   Manakala Bahasa pula mempunyai kemampuan untuk bercakap dalam pelbagai bahasa. Dia menguas...

Nostalgia Seorang Aku

Image
Pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam di  Shah Alam yang diberi nama Universiti Teknologi MARA. Aku sebenarnya berasal dari Ipoh namun Shah Alam sudah menjadi rumah kedua buatku. Bayangkan sahaja sewaktu cuti semester, aku terpaksa bercuti di Shah Alam disebabkan untuk mengikuti program-program yang diadakan di Universiti dan juga dalam menjalankan tugas sebagai wakil pelajar untuk berkhidmat kepada universiti yang dicintai ini.   Menara Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) Di pagi hari seawal 8.30 pagi aku akan menuju ke Fakulti Perakaunan yang berpusat di Menara Sultan Abdul Aziz Shah atau SAAS untuk mengikuti kuliah dan kelas dan sebelum ke kelas biasanya aku akan bersarapan di Medan Selera Seksyen 2 dan antara juadah sarapan aku tentu sahaja Nasi Lemak ataupun Roti Canai sambil menikmatinya bersama teh tarik. Makanan ruji rakyat Malaysia rasanya. Medan Selera Seksyen 2 Shah Alam ...