Daripada Shah Alam ke Ipoh Bersama Penerbangan Malindo Air

Perjalanan Shah Alam - Ipoh

Sebenarnya sebagai orang yang berasal dari Ipoh, Perak saya dah lama nak melalui pengalaman menggunakan Lapangan Terbang Sultan Azlan. Alhamdulillah pada 18 - 21 Januari 2019, hasrat ini telah tercapai dengan menggunakan cara yang jarang-jarang digunakan untuk perjalanan ke Ipoh dari Shah Alam. 

Dari Shah Alam ke Ipoh: (18/1/2019)


Menaiki Komuter dari Batu Tiga, Shah Alam Ke KL Sentral 
Stesen Komuter Batu Tiga
Sebenarnya menaiki komuter dari Shah Alam mengambil masa yang agak lama iaitu hampir sejam namun kerana saya tidak mengejar masa, saya tidak kisah jam berapa akan sampai yang penting cukup masa untuk solat di KL Sentral dan sempat untuk menggunakan Airport Coach pada jam 8 malam. 


Menaiki Airport Coach Bus dari KL Sentral ke KLIA
Sebelum ini saya selalu menggunakan KLIA Express untuk ke KLIA dengan harga RM99 untuk return ticket, tetapi dengan Airport Coach Bus anda hanya perlu membayar RM18 untuk airport transfer return ticket. 

Rate Storage Services di KL Sentral

Menaiki Malindo Air Daripada KLIA ke Penang International Airport
Ini adalah kali kedua saya menaiki Malindo Air setelah kali pertama adalah sewaktu menghantar dokumen ke Jakarta pada tahun 2018. Namun penerbangan kali ini saya telah menerima beberapa sms diatas kelewatan penerbangan disebabkan masalah operasi yang tidak dapat dielakkan. 

Namun terima kasih kepada kakitangan Malindo di KLIA yang telah menyediakan voucher makan bernilai RM20 dan menginap sebentar di Tune Hotel kerana penerbangan yang tergendala selama 5 jam. (11.15 pm ->12.00 am-> 4.30 am). Pihak Malindo juga harus dipuji kerana telah memaklumkan kelewatan dengan awal melalui emel dan sms kepada para penumpang walaupun beberapa penumpang seperti tidak berpuas hati mungkin kerana kepenatan.  
Penerbangan Malindo OD2106 Ke Bayan Lepas Airport

Dari Penang International Airport ke Stesen Bas Amanjaya 
Diatas kelewatan penerbangan yang tidak dapat dielakkan, saya telah terlepas keretapi ETS dan terus ke Hotel untuk check in sebelum bergerak pulang ke Ipoh dengan menaiki bas dari Penang Sentral yang terletak 10 minit berjalan kaki dari SE Hotel ini. Baru saya tahu, Penang ini agak moden kerana di Penang Sentral ini bukan sahaja terdapat perkhidmatan ETS dan Bas Ekspres malahan terdapat perkhidmatan feri. Perjalanan dari Butterworth ke Amanjaya Ipoh mengambil masa selama sejam setengah. 
Stesen Keretapi, Terminal Feri @ Terminal Penang Sentral? 
Penang Sentral

Dari Ipoh ke Shah Alam: (21/01/2019)


Menaiki Malindo Air Daripada Lapangan Terbang Sultan Azlan Ipoh ke Lapangan Terbang Senai, Johor

Tercapai juga hasrat saya untuk menggunakan lapangan terbang ini, nama sahaja orang Ipoh namun tidak pernah langsung menggunakan lapangan terbang ini sebelum ini. Mujur saya periksa tiket di kaunter check in yang mana kakitangan tersebut memaklumkan bahawa penerbangan daripada Senai nanti akan mengalami sedikit kelewatan berikutan masalah operasi namun saya berasa sedikit lega kerana sekiranya tidak lewat, waktu untuk penerbangan arrival dari Ipoh dan departure ke KLIA adalah sangat dekat, saya risau kalau-kalau tidak sempat untuk mengejar waktu tersebut namun semuanya telah tertulis.  


Menaiki Malindo Air Daripada Lapangan Terbang Senai ke KLIA

Sebenarnya di Airport Senai ini agak mencabar kesabaran kerana banyak restoran-restoran fast food seperti Burger King yang amat mengugat iman, makin lama saya menunggu makin banyak pulak makanan dibeli, makin bulat pulak saya jadinya...haha. 

Alhamdulillah, flight yang ditunda ke jam 4.50 petang ini tidak ditunda untuk buat kali kedua, saya juga agak risau kerana keesokannya adalah hari bekerja, sekiranya berlaku penundaan lagi, ia mungkin akan mengakibatkan saya terpaksa mengambil half day. Flight ini mengambil masa selama hampir sejam dan sampai di KLIA pada jam 6.05 petang. 

Airport Coach Bus dari KLIA ke KL Sentral

Tiket yang digunakan semasa dari KL Sentral ke KLIA jangan dibuang atau hilang kerana tiket yang sama juga akan digunakan untuk return ke KL Sentral. 

Komuter Daripada KL Sentral ke Stesen Batu Tiga, Shah Alam 

Disebabkan hari ini adalah Hari Perayaan Thaipusam, ramai penumpang menggunakan komuter ini dan kebanyakannya terdiri daripada kaum India dan berpakaian tradisional yang berkemungkinan besar baru pulang dari melawat sanak saudara. 

Walaupun perjalanan ke kampung kali ini nampak panjang namun pengalaman ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit dan mungkin kali terakhir saya pulang ke Ipoh dengan menaiki pesawat kerana secara relatifnya adalah lebih singkat waktu menaiki ETS ke Ipoh berbanding pesawat kerana mengambil kira waktu check in, kemungkinan flight delay dan lain-lain lagi.  

Kelewatan selama lebih tiga Jam akan melayakkan penumpang mendapat voucher makanan ini salah satu pilihan redemption, Set Burger Fillet o Fish di McD KLIA
Terima Kasih Malindo kerana menyediakan Tune Hotel untuk para penumpang menginap sementara menunggu flight jam 4.30 Pagi ke Bayan Lepas Airport

Airport Transfer Return Ticket Dari Airport Coach Bus

ATR TURBOPROP (IPOH-SENAI)

BOEING 737-800 JET (KLIA-PENANG/SENAI-KLIA)


Antara menu yang boleh dipilih di dalam penerbangan dari Ipoh ke Senai

Retimed of OD2404 Flight from Senai to KLIA

Senai Airport, Asia Pacific Regional Airport of the Year 2018
Senai Airport Burger King

Marrybrown at the check out Point KLIA

Laman Web Untuk Tempahan Tiket-tiket: 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???