Posts

Showing posts from 2019

Langkawi The Legendary Island

Image
Lepas dekat sebulan lebih planning, saya dan beberapa member daripada ofis telah berjaya menjadikan rancangan percutian kami suatu realiti pada 11 hingga 13 Oktober 2019.  Pada hari pertama iaitu hari jumaat, kami bertolak dari KLIA2 dalam jam 8.25 malam berikutan hari tersebut merupakan hari kerja dan terpaksa mengambil penerbangan malam. Alhamdulillah, cuaca baik dan penerbangan Airasia yang kami gunakan menepati masa tanpa sebarang delay samaada untuk penerbangan pergi mahupun pulang walaupun penerbangan ini pada waktu malam.   Percutian selama 3 Hari 2 Malam ini agak lancar berikutan cuaca yang baik dan hanya hujan renyai sesekali. Pakej ini mungkin tidaklah terlalu murah atau terlalu mahal namun agak selesa andai kata kita mahu membawa keluarga mahupun ibu ayah ke sini. Langkawi pada saya adalah sebuah destinasi yang cantik setanding destinasi yang pernah dikunjungi sebelum ini.  Dua tempat tarikan utama yang tidak kami pergi adalah Island Hoping dan Puncak Gunung Ma

Europe Trip 2019 : Paris - London - Glasgow - Amsterdam

Image
You can take the boy out of Glasgow but you can't take Glasgow out of the Boy Syukur Alhamdulillah, setelah 30 tahun,  saya berjaya membawa ibu dan ayah kembali ke tempat saya dilahirkan dan tempat abah pernah belajar dulu iaitu Glasgow ,Scotland. Perjalanan kami bermula daripada KLIA dan sampai ke Paris Charles De Gaulle (CDG) Airport keesokan harinya selepas transit selama 2 jam di Qatar Hamad International Airport melalui penerbangan Qatar Airways.   Ini adalah kali ketiga saya ke eropah setelah tahun 2012 iaitu semasa mengikuti Program Pertukaran Pelajar di UK selama 6 bulan yang dianjurkan oleh Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam.   Namun ini adalah kali pertama saya datang dengan ibu dan ayah setelah kali terakhir kami ke eropah adalah semasa aku lahir iaitu 30 tahun yang lepas. Hari Pertama Sesampai sahaja kami di CDG Airport, kami dibawa oleh pemandu ke Hotel Bruxelle Residence yang terletak lebih kurang 45 minit daripada CDG Airport.  Pada hari per

Daripada Shah Alam ke Ipoh Bersama Penerbangan Malindo Air

Image
Perjalanan Shah Alam - Ipoh Sebenarnya sebagai orang yang berasal dari Ipoh, Perak saya dah lama nak melalui pengalaman menggunakan Lapangan Terbang Sultan Azlan. Alhamdulillah pada 18 - 21 Januari 2019, hasrat ini telah tercapai dengan menggunakan cara yang jarang-jarang digunakan untuk perjalanan ke Ipoh dari Shah Alam.  Dari Shah Alam ke Ipoh: (18/1/2019) Menaiki Komuter dari Batu Tiga, Shah Alam Ke KL Sentral  Stesen Komuter Batu Tiga Sebenarnya menaiki komuter dari Shah Alam mengambil masa yang agak lama iaitu hampir sejam namun kerana saya tidak mengejar masa, saya tidak kisah jam berapa akan sampai yang penting cukup masa untuk solat di KL Sentral dan sempat untuk menggunakan Airport Coach pada jam 8 malam.  Menaiki Airport Coach Bus dari KL Sentral ke KLIA Sebelum ini saya selalu menggunakan KLIA Express untuk ke KLIA dengan harga RM99 untuk return ticket, tetapi dengan Airport Coach Bus anda hanya perlu membayar RM18 untuk airport transfer ret