Annyonghaseyo from Seoul, South Korea

Alhamdulillah, setelah merancang hampir 5 bulan, pada 26 Januari sehingga 1 Februari 2018 saya telah berjaya membawa keluarga untuk menjejakkan kaki ke negara Winter Sonata iaitu Korea Selatan. Tiada visa diperlukan oleh rakyat Malaysia untuk masuk ke negara ini. 

Hampir semua tempahan tiket penerbangan, hotel, homestay, entrance tickets, airport transfer dan driver telah kami booking melalui website rasmi Airasia, TuneHotel, AirBnb, Viator, Seoul Travel Pass.com and Trazy.com. Website-website seperti Seoul Travel, Viator dan Trazy ini boleh dipercayai, tetapi sekiranya anda beli di kaunter pusat pelancongan yang anda ingin pergi anda berpeluang mendapat harga tiket yang lebih menarik. (25%-30% discount).

Day 1: Check In Tune Hotel KLIA2 Family Room

Kami telah menempah Tune Hotel KLIA2 family room yang menyediakan katil untuk 4 orang,oleh kerana kami datang berlima, kami membawa comforter tambahan sebagai tempat tidur tambahan kerana hotel ini tidak menyediakan tambahan katil. Bilik ini agak besar dan selesa tetapi bilik air di sini memang tidak berkunci jadi bila anda mahu menggunakan bilik air kena beritahu semua orang di dalam bilik anda....haha.  

Day 2: Bertolak Ke T2 Incheon International Airport, Seoul

Kami hadir awal ke lapangan terbang yang terletak 10minit berjalan kaki dari Tune Hotel tempat kami menginap kerana risau terpaksa beratur panjang di tempat check in, imigresen dan kastam namun alhamdulillah semua berjalan lancar dan tidak ramai orang seperti biasa.  

Tepat jam 2.40petang, kami bertolak ke Seoul di dalam suatu penerbangan AirAsia X yang mengambil masa selama 6 jam. Seoul satu jam lebih awal berbanding Kuala Lumpur. 

Kami tiba di Terminal 2 Incheon International Airport, Seoul  pada jam 10.40 malam dan driver untuk airport transfer kami telah sedia menunggu sambil memegang nama kami. Sebelum bertolak ke tempat penginapan, kami ke KT phone booth untuk mengambil sim card yang telah ditempah, namun kami sepatutnya menunggu sehingga phone connection dapat dilakukan tetapi segera bergegas ke van apabila kaunter tersebut mengatakan "we are free to go" kerana tidak mahu driver menunggu lama akibatnya sim kad tersebut tidak dapat digunakan selama kami di Seoul.  

Jangan terkejut sekiranya anda ke Seoul pada musim sejuk, suhu -10celcius adalah suatu kebiasaan. Ia agak sejuk berbanding dengan negara-negara lain yang mengalami musim sejuk seperti Jepun dan UK. (average sekitar 0-1 Celcius). Jadi 4 lapis pakaian itu adalah sesuatu yang biasa. Barulah kami tahu perasaan Gwang Soo yang kesejukan berpakaian nipis di dalam rancangan Running Man sewaktu musim sejuk. 

Setibanya kami di tempat penginapan AirBnb kami, tuan rumah iaitu Lyn telah pun menunggu sambil membantu mengangkat beg kami. Walaupun rumah ini berada di kawasan yang agak bercerun @ hilly namun ia berdekatan dengan bus stop, Itaewon subway station dan taxi station. Ada beberapa kedai halal turki di kawasan penginapan ini seperti Karvan Express.     

Day 3: Gyeongbokgung Palace N Seoul Tower & 63 Square

Apabila celik sahaja mata dan solat subuh, kami menikmati breakfast Maggi, Roti, Biskut, Sardin dan Tuna beserta Nescafe yang kami bawa dari Malaysia.   

Tepat jam 9 pagi, driver kami menunggu di depan tempat penginapan dan destinasi pertama yang kami lawati adalah Gyeungbukgung Palace, tiket entrance ke sini ialah KRW3000 seorang. Setelah itu kami ke Namsan Seoul Tower. Tiket yang kami telah beli awal boleh disahkan di kaunter yang berada di tingkat 1.    
Gyeongbokgung Palace
Restoran pilihan kami untuk makan tengahari pada hari tersebut ialah EID Restaurant yang menghidangkan masakan korean yang halal pada harga yang berpatutan, ada beberapa pekerja Islam Malaysia yang bekerja di sini. Bajet makan tengahari & malam untuk seorang di sini adalah sekitar KRW10000-KRW12000 (RM30-RM44). Restoran ini agak kecil namun kami bernasib baik kerana ada tempat untuk kami berlima. Bagi yang belum pernah menikmati masakan korea adalah lebih baik berkongsi untuk pertama kali agar tidak membazir. Pada kami ini adalah restoran terbaik di antara restoran-restoran yang kami pergi.  

Korean Food di EID Restaurant
Pada petangnya niat kami untuk menikmati sunset private ferry cruise tidak kesampaian berikutan sungai han (Hangang River) yang telah sejuk dan bertukar menjadi ais dan kesemua ferry tidak beroperasi sehingga 31 Januari 2018. Tiket yang telah dibeli awal akan direfund melalui satu emel yang telah dihantar pada hari sebelumnya namun berikutan tiadanya phone connection, saya tidak dapat menerima email tersebut dan hanya membaca emel tersebut di depan kaunter ferry tersebut dengan menggunakan wifi hotspot Matt. 

Matt mencadangkan untuk kami ke 63 Square yang mana merupakan salah satu bangunan Hanwha, salah sebuah syarikat terbesar di Korea. Hanwa melalui anak syarikatnya, Hanwha QCell juga merupakan pembekal Solar Modules bagi Gading Kencana untuk projek ladang solar 30MWac nya di Bidor. Daripada observatory deck di sini anda dapat lihat betapa sungai Han telah keras menjadi ais dan sekiranya aktiviti ferry diteruskan ia mungkin mengundang bahaya.  

Pemandangan Sungai Han yang telah beku dari 63 Square
63 Square Building (Hanwha)
Menu ikan bakar dan sotong di sini adalah sangat mudah untuk diperoleh dan menjadi menu pilihan kami pada malam tersebut di BusanJib Restaurant di Myeondong, ramai malaysians di restoran tersebut dan menu di restoran tersebut agak banyak. Di sekitar restoran tersebut terdapat food stall dan gerai-gerai menjual buah-buahan terutamanya strawberi yang agak besar saiznya dan Sotong bakar yang telah saya cari selama 10 tahun yang mana pertama kali saya menikmatinya adalah di Seoul Tower pada tahun 2008. 

Day 4: Korean Folk Village

Korean Folk Village
Kami sampai di sini awal pagi dalam jam 9.30 pagi, sewaktu kami ke sini tidak ramai orang yang berkemungkinan disebabkan suhu sewaktu itu yang agak sejuk iaitu negatif 7 celcius (-7c). Disini banyak rumah-rumah tradisional Korea dan tarian yang ditunjukkan. Walaupun disini tidak terdapat restoran halal, (Green Terrace tidak halal) namun terdapat surau di The No. 9 Exhibition Hall sekiranya anda sekeluarga mahu solat.  

Prayer Room at The No. 9 Exhibition Hall, mula-mula tengok ingatkan part of exhibition
Setelah itu kami ke Makan Halal Restaurant di Itaewon untuk menikmati makan tengahari yang berkonsepkan makanan korea, sebolehnya sila membuat reservation agar anda tidak perlu menunggu apabila sampai di restoran tersebut. Restoran ini terletak tidak jauh daripada Masjid Itaewon dan EID restaurant.  

Pada malamnya kami menikmati BBQ Kambing Australia di Yang Good Lamb BBQ Halal Restaurants yang terletak di Gangnam. Di restoran ini juga hampir kesemua meja telah penuh namun nasib kami baik kerana tour guide kami Matt telah membuat reservation awal. Matt merupakan tour guide merangkap driver yang sangat berpengalaman dalam menguruskan pelancong-pelancong serata dunia termasuklah daripada Malaysia.  

The menu at Yangood Restaurant was served on a BBQ Grill Place
Day 5: Petite France, Nami Island, Elysian Ski Park & Garden of Morning Calm 

Destinasi pada hari ini adalah Nami Island, Petite France dan Garden of Morning Calm. Perjalanan ke Petite France agak bersimpang siur kerana ia terletak di kawasan bergunung dan hampir satu jam dari bandar Seoul. Ia merupakan salah satu lokasi penggambaran awal Running Man, di kawasan ini banyak tangga dan bercerun jadi anda perlu berhati-hati.


Nami Island dengan drama Winter Sonata memang tidak dapat dipisahkan, sekiranya anda google nama pulau ini, anda akan jumpa Nami Nara republic dan memerlukan visa fee untuk ke sana seperti ia adalah negara lain namun menurut Matt, pulau ini adalah pulau yang dimiliki oleh sebuah syarikat dan ia dibuat seolah-olah ia negara yang lain tetapi ia adalah sebahagian Korea Selatan. Anda mempunyai pilihan samaada mahu menggunakan ferry atau kereta kabel untuk ke pulau tersebut yang mana ferry ini adalah setiap 15 minit. Harga tiket ferry adalah sekitar KRW10,000 seorang. 

Di pulau Nami anda dapat melihat lokasi dimana drama Winter Sonata dirakamkan, Bank Negara Nami Nara Republic, beberapa buah restoran, tempat peternakan burung unta dan taman. Disini juga terdapat restoran halal, kami memilih Asian Cuisine yang terletak di sebelah surau. 

Nami Island
Setelah itu kami ke Restoran Bombay Grill, untuk tapau menu makan malam sebelum ke Elysian Ski Park untuk bergambar. Restoran ini menhidangkan teh tarik, nasi briyani dan roti nan beserta tandoori. Di dalam perjalanan pulang ke Seoul kami singgah di Garden of Morning Calm yang mana pada musim sejuk ia seolah-olah Icity Malaysia yang mempunyai pokok-pokok berlampu.  

Alhamdulillah, kami sangkakan kami tidak berkesempatan menikmati salji tetapi semasa perjalanan pulang salji mulai turun dan mengakibatkan banyak kereta dipandu perlahan kerana jalan licin.   

Garden Of Morning Calm

Day 6: Seoul Grand Park dan Ansan City

Destinasi terakhir sebelum pulang ke Malaysia ialah Zoo Korea atau Seoul Grand Park, ia terletak berhadapan dengan Planetorium Science Korea dengan entrance fee KRW5000 seorang. Berikutan cuaca dan suhu yang sangat sejuk hanya beberapa haiwan yang dipamerkan seperti Rusa, Memerang, Badak dan Tupai. Disini ada sebuah taman botani dalam bangunan yang mempamerkan pokok-pokok yang ada pada semua jenis hutan. 


Pada tengahari itu kami ke Ansan City untuk menikmati makan tengahari di New Taj Mahal Restaurant, kami memilih nasi briyani kambing atau lamb briyani sebagai menu sebelum pulang ke tempat penginapan untuk bersiap untuk pulang ke Malaysia. Sekitar Masjid Ansan, terdapat banyak restoran halal yang kebanyakannya daripada Pakistan dan Indonesia. 

Petangnya kami ke Terminal 2 Incheon International Airport untuk pulang ke Malaysia, restoran halal Nimat terdapat di concourse iaitu selepas check in dan train tetapi ia ditutup awal iaitu jam 10 malam dan kami sampai pada jam 10.15 malam. Menurut information counter, ia adalah satu-satunya restoran halal. Justeru itu kami terpaksa menunggu makan malam di dalam pesawat.  

Driver/Tour Guide Specialist Phone Contact


Thank you Matt for being our driver and tour guide during our 5 days in Seoul. He is very proficient in English and able to assist Muslim travelers in term of foods selection and mosques. 




Senarai Harga Tiket @04 Feb 2018

Gyeungbukgung Palace 
KRW3000/pax

Namsan Seoul Tower     
USD6.61/pax (Online Booking)

63 Square                       
KRW5,500 (Discounted)

Private Ferry Cruise       
KRW110,000 per group (max 10 per group)

Korean Folk Village       
KRW13000/pax (Discounted entrance fee only, normal KRW18,000/pax)

Petite France                   
KRW6,000/pax (Discounted, normal KRW8000)

Tiket Ferry Nami           
KRW8,000/pax (Discounted, normal KRW10000)

Elysian Ski Park                           
Free entrance, only equipment rental need to be paid kalau rent. 

Garden of Morning Calm
KRW4,500/pax (Discounted, normal KRW9000)

Seoul Grand Park           
KRW5000 (tiket masuk sahaja tidak termasuk kereta kabel & train) 

List of Online Booking Ticket/Accommodation Website

List Of Halal Restaurants in Seoul & Itaewon during our visit 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis