Hybrid Investment : ASB, ASB2, & Tabung Haji

Anda pernah baca cara mendapatkan RM100k melalui pinjaman ASB & ASB2 kan? (Klik Di Sini Jika Belum Baca,) 

Tujuan saya menulis ini pulak adalah pada pendapat saya cara bagaimana nak dapatkan pelaburan yang mempunyai ROI sebanyak 1813% dari ASB & Tabung Haji.  Ini sekadar pandangan, anda mungkin mempunyai pandangan yang lebih baik.

Pinjaman ASB & ASB2
Pelaburan ASB/ASB2 adalah pelaburan yang berisiko rendah tetapi pulangannya adalah lebih tinggi dari kadar simpanan tetap dan inflasi iaitu purata dividen sekitar 7% setahun tidak termasuk bonus. (Rekod Dividen ASB/ASB2)

Tabung Haji
Sekiranya menyimpan di dalam tabung haji, pulangannya mungkin sekitar 5% - 6.25% setahun tidak termasuk bonus haji. (Rekod Dividen Tabung Haji)

Andaian
Purata Dividen ASB/ASB2 = 7%
Tabung Haji = 6%

Contoh 
Sekiranya kita membuat pinjaman RM400k dengan bayaran bulanan RM2,184 atau setahun RM26,208, kita juga akan mendapat RM28k. Walaupun dividen adalah 7% tetapi pulangan terhadap pelaburan (ROI) kita adalah sebanyak  6.84% (RM28k - RM26k)/RM26k) sahaja. Nampak seperti sedikit tetapi perlu diingat pembayaran RM26,208 tersebut adalah dibuat secara bulanan. Bermakna sebelum membayar pinjaman tersebut kita telah mempunyai tempoh masa untuk menyimpan di akaun-akaun pelaburan seperti tabung haji.

Diandaikan kita mempunyai modal RM26,208 iaitu setahun pembayaran pinjaman untuk pinjaman ASB RM400k dan menyimpan di Tabung Haji dan keluarkan secara bulanan untuk membayar pinjaman, selain mendapat dividen ASB kita juga akan mendapat dividen Tabung Haji, Ini yang saya panggil sebagai "hybrid investment".

Dengan membuat begini, pulangan bersih tahunan kita adalah sebanyak:

RM28,000 (ASB/ASB2) + RM720.72 (Tabung Haji) - RM26,208 = RM2512.72

Atau secara peratusan adalah sebanyak (RM2512.72/26,208) =  9.58% sikit kan?

Jadual Pengeluaran Tabung Haji untuk Pinjaman RM400k dan Jumlah Dividen

Bayar Pinjaman Kereta dapat kereta, pinjaman rumah dapat rumah, pinjaman ASB dapat apa?

Makin banyak kita bayar sesuatu pinjaman semakin banyak jumlah prinsipal(wang pokok) yang kita akan dapat, Sekiranya kita berulang kali melakukan pusingan seperti di atas, semakin banyak yang kita akan dapat apabila kita membatalkan pinjaman ASB.

Kiraan secara purata pulangan setahun sekiranya kita melunaskan pinjaman selama 30tahun adalah seperti dibawah:

RM400,000/30 tahun = RM13,333

Dicampurkan dengan pulangan yang anda dapat dari dividen ASB dan Tabung Haji tadi
= RM2,512.72

Pulangan purata setahun adalah =(RM13,333 + RM2,512.72)/RM26,208 = 60% Pulangan Setahun.

Pulangan selama 30 tahun = (RM400k + (RM2512.72 * 30 tahun))/RM26,208 = 1813%

* Pengiraan ini tidak termasuk bonus Tabung Haji dan bonus ASB.

Nampak tak perbezaan kalau anda simpan duit anda dalam ASB secara direct iaitu anda hanya dapat 7% tetapi kalau buat pinjaman dan lakukan hybrid investment anda akan dapat pulangan 1813%.

Tidak rugi ke bayar faedah/interest kepada pihak bank?
Of courselah rugi, bagi yang anda duit RM400k takde masalah tapi kita ni rakyat biasa mana nak cari RM400k.

Tetapi ini yang orang kata "leverage" dan "opm (other people money)", dengan menggunakan duit bank kita boleh dapat keuntungan lebih dari orang yang 100% guna duit sendiri untuk simpan di ASB.

Keburukan Pinjaman ASB
Yup, memang pinjaman ASB ada keburukan dan antara keburukannya adalah ia akan menaikkan DSR kita sebab ada sesetengah bank tidak mengira dividen ASB sebagai pendapatan walaupun kita bayar pinjaman ASB setiap bulan kerana setiap bank ada risk point of view.

Kesimpulan
Terpulang kat anda sebab orang kaya pun ada hutang, tetapi hutang yang baik bak kata Robert Kiyosaki. Hutang yang makin lama mengkayakan anda bukan memiskinkan dan dengan cara ini anda  mendapat pulangan pelaburan yang agak tinggi dengan risiko yang rendah.

Labur RM26k dapat RM475k, labur RM1200 dapat RM21k,

Money makes money,Think now for the future sekadar pendapat saya =)

Ashraf

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis