Sun2Cash

Alhamdulillah, masuk bulan ni dah 6 bulan bergelar seorang purchaser di salah sebuah syarikat pembekal tenaga solar di Malaysia. Produk utama syarikat ini antaranya ialah Sun2Cash. Produk ini merupakan sebuah produk pelaburan yang menjanakan pulangan daripada tenaga solar yang terhasil daripada panel-panel solar yang dipasang diatas rumah, tenaga solar ini kemudiannya akan dibekalkan kepada Tenaga Nasional Berhad mengikut rate seperti terdapat didalam perjanjian REPPA yang akan berjalan selama 21 tahun. 

Konsep produk ni mudah, anda pasang panel solar di rumah anda dan TNB akan bayar anda setiap bulan. Makin besar kawasan atap rumah anda maka makin besar tenaga solar yang boleh dihasilkan hasilnya makin banyak wang yang akan dibayar oleh TNB kepada anda setiap bulan. Pendek kata produk ini adalah produk pelaburan kepada anda sebagaimana ASB cuma hasil pulangannya lebih tinggi (lebih kurang 10%). 

Pulangan 21 Tahun  
Pembayaran daripada TNB ini adalah setiap bulan sehingga 21 tahun yang mana pembayaran ini disokong oleh perjanjian diantara TNB dengan tuan rumah. Tetapi perlu maklum bahawa ada kadar "degression" yang perlu diambil tahu oleh individu yang ingin memasang sistem Sun2Cash ini di rumah. Kadar pembayaran boleh diperoleh daripada laman website SEDA (Sustainable Energy Development Authority Malaysia) 

Untuk keterangan lebih lanjut untuk produk Sun2Cash ni anda boleh klik gambar di bawah =)

Sumber: Google

Untuk melihat bagaimana sistem tenaga solar ini dijanakan dan dibekalkan kepada TNB/On Grid anda boleh melihat video dibawah:

Comments

Myvitrd said…
macam menariknya ni je tn.. mcm berminat juga nak melabur dalam biz ni..
Ashraf Zabidi said…
Menarik untuk yang dah ada landed house. Pelaburan masa panjang, untuk masa pendek kena incur kos pemasangan solar panel.

Untuk lebih lanjut tentang produk ni boleh hubungi nombor ni 012-2617942

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis