Berbelanja Cara Aku

Semua orang ada cara manage duit, gaji, elaun, biasiswa masing2 kan? Mungkin cara yang dipilih tu adalah yang terbaik untuk masing2. Kat sini aku nak share cara aku.  

Sejak guna Pound ni, aku awal2 dah setkan perbelanjaan aku £20 pound seminggu dan duit elaun akan masuk setiap minggu. Cara aku kawal perbelanjaan aku adalah adaptasi camne Llyods TSB uruskan akaun customer diaorang yang mana adanya dua akaun, akaun debit card dan akaun saving. Setiap minggu, atau bulan bank ni akan transfer duit dari saving account ke debit card account ikut arahan kita. Disebabkan aku tak boleh bukak akaun dengan Lloyds sekurang2nya aku boleh copy cara diaorang ni uruskan duit customer.   

So aku apply cara diaorang kat dalam dompet aku sendiri yang mana  kat dompet ni ada beberapa saku @ poket (konfem ar...haha). Aku simpan duit kat dua tempat dalam dompet ni yang mana satu berfungsi sebagai:


Poket 1: Duit yang boleh digunakan minggu tu
Poket 2: Duit yang akan digunakan untuk minggu depan dan depan2 (Depend ar berapa ada kat poket ni, kalau kata ada £40, maknanya tu untuk 2 minggu (£40/£20 seminggu = 2 minggu). 

Lebihan/(Defisit)
Macam yang aku cakap, duit elaun aku akan masuk £20 seminggu, so kalau kata ada lebih untuk minggu tu so boleh dibawa ke minggu depan. Tapi let say tiba-tiba ada perbelanjaan luar jangka untuk minggu tu, maknanya elaun untuk minggu depan kena cut, kalau kata minggu ni defisit £5 maknanya minggu depan dapat elaun £15 je la. 

Hari Masuk Elaun 
Term "masuk elaun" sebenarnya kurang tepat dan lebih tepat adalah pindah duit dari poket minggu depan ke poket minggu ni (faham ke...haha). Biasanya aku akan pindahkan duit tu hari Sabtu setiap minggu yang mana selepas aku pindah je duit tu, aku akan shopping untuk minggu tu dan duit lebih tu akan digunakan untuk perbelanjaan lain2 untuk minggu tersebut. 

Perbelanjaan Besar
Untuk perbelanjaan yang besar pulak, memang awal2 aku asingkan peruntukannya contohnya bayar duit sewa rumah, duit internet, duit top up handset dan sebagainya. (Bergantung kepada budi bicara aku whether nak buat peruntukan lain atau menggunakan peruntukan dari elaun untuk menampung perbelanjaan besar ni). 

Releven 
Ada orang yang selagi tengok dompet tebal selagi tu la nak bagi kempis kan? (merujuk kepada diri sendiri..hehe). So sebagai langkah agar aku tak sukahati je berbelanja, that's why aku praktik cara ni. Untuk mengajar diri ni agar tak boros dan berhemah dalam berbelanja (macam iklan Mari Menabung lak =p) 

Sekadar berkongsi cara

Sekian 

Comments

Unknown said…
Waa..bagusnye,berdisiplin, keep it up! Btw nak tanya,kalau tak kisah nak share la kan..estimatedly berapa ye sewa rumah and monthly expenses(buss pass,topup, etc) kat Middlesborough?
Ashraf Zabidi said…
Masih belajar untuk berdisplin dalam berbelanja...hehe

1. Bus Pass
Universiti depan rumah so xyah naik bas,xperlu bus pass

2. Sewa
Sebulan £220 atau RM1100 seorang

3. Topup
Topup sebulan £20 atau RM100

4. Makan
£20 sebulan coz masak kat rumah ari2 jarang makan luar, kalau makan luar £4 per meal...mahai

Apapun tq UiTM tolong bayar segalanya =)

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis