Susah Ke?


Dah berapa banyak yang Allah kurniakan kat kau
Dah berapa banyak kemanisan dah kau kecapi 
Dah berapa banyak kepahitan yang telah kau selami 
Dah berapa pengalaman dari kepahitan yang dah kau pelajari
Dah berapa banyak benda yang kau dapat selama 23 tahun hidup kat dunia ni, 
Banyak tak terkira kan Cap, tapi selalu tak ko bersyukur Cap???

Ingatkah kau, 
Sedang kau susah Allah berikan kau laluan, 
Sedang kau payah Allah berikan kau jalan,
Sedang kau merintih Allah kurniakan insan sebagai bantuan, 
Tapi pernah tak kau bersyukut Cap???

Bukan susah pun bersyukur tu Cap, 
Jangan tinggalkan solat yang lima, 
Jangan lupa ucapkan alhamdulillah tika kau bermanisan, 
Jangan kau lupa kesusahan tu datangnya dengan kemanisan
Kerana Allah lebih mengetahui
Kerna sesungguhnya Dialah Maha Mengetahui =)) 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???