Dari Hospital Ampuan Rahimah Klang ke Putrajaya International Convention Centre

Lama rasanya tak update blog...hehe. Alhamdulillah setelah hampir setahun merancang program Bachelor of Accountancy Pre Graduation Night April 2011 (Sebenarnya bukan setahun tapi plus organize 2 sub events PTES & Tunas Pintar kira setahun la gak kan...hehe)
Terima Kasih Kepada Semua Committee dan Yang Telah Menjayakan Dinner ini =)
Terima kasih bebanyak kepada semua commitee yang hebat2 aku rasa kalau aku ditempat depa, aku pun tak mampu nak buat apa yang mereka buat. Terima kasih kepada semua commitee, Aiman (Vice Project Director), Jes (Secretary), Atila (Vice Secretary), Hani (Treasurer), Tasnim (Vice Treasurer), Krol (Program & Flow Manager), Dinie (Informasi), Gloria(Persembahan & Stage Manager), Iqram (Teknikal & Logistik), Cik (Jemputan),  Asma (Sponsor), Baidah (Tugas-tugas Khas), Salwa (Hadiah). Dan....tak lupa kepada pasangan MC yang cukup best dalam melancarkan majlis malam tu, Syanida & Syaffiq =)

Sebenarnya macam-macam dugaan sepanjang program ini dijalankan samaada secara peribadi ataupun secara pengurusan. Ada yang resign atas pelbagai sebab, ada yang lambat muncul, ada yang kena pancit tayar, ada yang kena pancit tayar, ada yang dapat sms berbunyi ugutan dan macam-macam lagi la. Rasa kelakar pulak, pengalaman camni lah yang akan kita kenang bila dah keje nanti.

One day before event sebenarnya aku terlibat ngan satu kemalangan yang mana menyebabkan badan aku berfungsi tapi otak aku tak sedar. Aku rasa kemalangan dalam jam 1.50 petang kat roundabout seksyen 16 kot. Lepas kemalangan aku bangun dan motor rosak then aku call member kelas FAR aku, Ijad untuk amek coz aku ada project FAR time tu. Dalam kelas diaorang kata aku kata something yang aku ulang2, perkataan apatah aku tak taw coz time tu dah tak sedar. 

Lepas kelas FAR dalam kol 4.00 hingga 6.00 Petang, aku jumpa Dr Zu, Timbalan Dekan HEP untuk bincang pasal dinner (walaupun tak sedar tp cam well managed jadual aku boleh lak jumpa dia petang tu....haha xleh blah tol). Time tu katanya aku banyak bertentang ngan Dr Zu, yang mana pada masa tu Dr Zu detect something wrong dan call Aiman untuk bawak aku ke motor. Petang tu jugak Krol ngan Dini call aku tanya sal rehearsal dan aku tak taw ape jadi. 

Tup2, aku dah dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan, time tu cam satu video yang berkelip2....yang scene dia ada warna hitam....aku ingat aku ke Pusat Kesihatan tapi aku tak ingat apa keadaan PK time tu, aku ingat time makan McD bebudak ni belanja tapi aku tak ingat bila masa aku jumpa Dr PK tu. Dan aku tak ingat bila masa aku bertelagah ngan Dr tu yang tanya whether perlu dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah atau tak. Yang mana Krol cakap kat aku, pas lama bertelagah ngan Doktor tu, at last doktor tu suruh aku diam...hehe. Dalam tak sedar pun aku leh banyak cakap...hehe3.

Member-member serumah yang telah banyak membantu aku, tqvm =)
Actually dalam ambulans on the way ke Hospital pun aku bleh tanya "pak cik dah lama bawak ambulans ke" he3.....terlebih ramah lak aku nih...he3. Kat spital aku dah mula sedar sket, aku sedar ngan sape aku berbual, aku sedar apa yang aku cakap. Tapi rasa "lost" tu still ada. Selepas kepala aku di x-ray aku ke klinik untuk "dicucuk" dan dihantar ke wad sementara, dan masa tu aku dapat mesej dari KP tanya "I think I will bring my son during the dinner, may I and I will pay". Dan aku macam orang yang x sakit reply "bleh je RM70....hehe", KP Puan Liza reply...."haha....I will tell u by tomorrow as anak I ni cam Randy Orthon (Wrestler Popular)". 

And also at that time around 12.30 antara mesej awal yang aku anta:
1. "Aiman tolong takeover dinner"
2. "Atila, surat makluman kepada unit keselamatan dah hantar ke?"

Dan Ashar pun ada call aku untuk preparation presentation pada keesokan harinya dan alhamdulillah dia memahami keadaan aku dah suruh aku rest. Tapi yelah korang pun taw aku, mana reti rest....ehehe. 

Pada malam itu adalah kali pertama aku tido kat wad...hehe3 best. Cam nak dok lama je coz sejuk...best cam kat otel juz makan je tak sedap pagi tu....hehe sori Chep Spital Klang. 

Pada pagi tu dalam kol 8.30 Pagi, Dr Zu call aku dia tanya keadaan aku, aku jawab ok je dan bila Dr Zu call aku maknanya satu fakulti tau aku accident dari Dekan sampai ke student. Nasib baik aku xpanggil sinar harian as media partner...hehe =p 

Keluar je pagi tu dalam kol 10.30 pagi, aku terus balik rumah dan rehat sejam pastu aku kuar makan ngan Chill ngan jumpa Hani & Cik Atiqah untuk final payment kepada PICC. Pada aku, malam dinner untuk orang yang bakal bergelar graduate ni lebih penting dari keadaan aku (poyo je....ho3). Aku pulak yang beria-ria untuk dinner ni padahal aku akan grad lambat...hu3.


Petang Jumaat tu mesyuarat seperti biasa dan Aiman yang mempengerusikan mesyuarat. Terima kasih banyak kat Aiman yang aku rasa dah banyak gila membantu aku sepanjang program ni.   


Pada hari sabtu tu walaupun full rehersal bermula agak lambat tapi ok ar. Malam tu alhamdulillah, program berjalan lancar. Malam tu aku dianugerahkan dengan Anugerah Khas Kepimpinan yang aku rasa cam x layak je dapat (rasanya baru lagi fakulti awardkan Anugerah Wira Fakulti)....hu3. Rata-rata yang jumpa aku sume tanya keadaan aku, semua tahu aku masuk spital, padahal wad sementara je...hehe
Bersama Jemputan Khas, Anak-anak Yatim dari Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong...
Dalam ucapan aku pada malam tu juga aku menyentuh kepada beberapa dana yang telah diwujudkan untuk membantu insan-insan kurang bernasib baik melalui dana Aman Palestin, Bersamamu TV3 dan Rumah Amal Limpahan Kasih (Salah sebuah Rumah Anak Yatim di Puchong). Apa yang aku nak untuk program ni dah tercapai, alhamdulillah syukur kat Allah....


Kepada Sinar Harian, our media partner dan to all our sponsors terima kasih banyak coz sudi menyemponser (ada ke perkataan ni...he3) program ini. Dan semoga motif CSR ini diteruskan pada masa depan dalam Malam-malam Pra Graduan akan datang insyallah.... 

Sinar Harian meriahkan Malam Pra Graduasi - Sinar Harian 15 April 2011

Comments

Dummy said…
semoga terus sihat walafiat... risau ktorg dengar ko accident. Pn Sham (lecturer audit ak) 2,3 kali pesan kat ak jgn bawak moto laju2... (hehe..sebab ak pernah potong keta dia, then dia potong moto ak balik, last2 ak potong balik keta dia, haha...). so, mari kita menjadi pemandu yg berhemat... ingatlah org di rumah penyayang...
Ashraf Zabidi said…
hahahaahahahahahaha....alagapas tol ko. Okeh tq for the advice, tp rasa2 aku x bawak motor laju....ermm....
SHaRKFiQ SSM said…
sedih..
rsa invisible sgt ak masa tyme tu.. bleh plak kul 2 br ak taw, sdgkan ak jmpa ja dgn org yg taw msa pkul 6-11pm..

sedih jgk sbb gamba ak xdak dalam gamba budak rumah.. mmg rsa invisible sgt3~

sedih gak sbb xdak pen cerita psal mc, ak jd mc pn sbb nk tlg program ko, yg kononnya mmg dh xdak org laen nk jd mc..

TERIMA KASIH
-a sad invisible guy-
Ashraf Zabidi said…
Sama2 kasih Fiq...he3.

Alorrr...jangan cenggitu ma, ak lupe la yang malam tu ada pasangan MC yang cemerlang gemilang dan terbilang.

Aritu ang buzy tangkap gamba ngan peminat, takkan ak nak ganggu lak...he3

Next time lau agak2 aku nak masuk spital aku bagitau ang dulu taw =)

-Peminat Filem Invisible Man 3-

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis