Siapa sebenarnya Charles Ingram

Charles Ingram......mungkin ada yang pena denga maybe ada yang tak. Aku tertarik dengan kisah Charles Ingram ni masa aku tengah cari kuiz Who Wants To Be A Millionaire kat You Tube. So apa yang menarik sangat pasal dia ni??? Sebenarnya Charles Ingram adalah jiran aku yang dah terpisah lama sejak tahun 1989 lagi, dia dulu penah satu sekolah ngan aku di Oxford Primary School dan kami sama2 melanjutkan pelajaran ke Manchester High School dan lepas tu kami terpisah sebab mengikut mak ayah balik ke Malaya....he3 sori abaikan ayat2 diatas coz merapu je.

Ok back to mod serius, Charles Ingram adalah salah seorang peserta rancangan kuiz di televisyen iaitu Who Wants To Be A Millionaire (Versi UK) yang telah berjaya memenangi £1 juta...hebat kan? Tapi ni sebenarnya adalah cubaan kali ketiga setelah kaum kerabatnya iaitu isteri ngan abang ipar dia masuk rancangan ni dan berjaya memenangi £32000. 

Sebenarnya kalau kita tengok dari awal rancangan ni, Charles dah menggunakan beberapa talian hayat sebelum sampai ke £32000 so tengok pun cam xde peluang je nak menang apa2. Tapi lepas soalan ke berapa tah, rancangan berhenti dan bersambung ke minggu depannya. 

Minggu depannya dia datang tapi kali ini gaya dia didakwa penuh ngan muslihat dan beberapa batukan tanda pengesahan jawapan daripada Diana Ingram (isteri dia) ngan Adrian menyebabkan sebaik setelah berjaya memenangi  £1 juta tu dia didakwa atas tuduhan menipu, lagi2 dengan gaya dia cam x kisah je amek risiko terhadap soalan2 tu......pendek kata,  kes ni memang menarik ar.
Soalan ke £1 juta, Googol = Google??

Nak taw lagi sila tonton video dibawah dan skang Charles, Diana ngan Adrian kena penjara 18 bulan....tu je kot k selamat beramal. 


Fakta Bukan Auta: Charles Ingram lahir pada 6 Ogos 1963, so birthday kami sama except dia tua 25 tahun dari aku...

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis