Blog = Buku = Sape Nak Baca ;)


506 Post ni kalau samakan dengan satu helai mukasurat setiap post sama dengan 506 muka surat, kalau depan belakang sama dengan 253 mukasurat. Kalau buat tesis la ni dah boleh grad dah ni....ha3. Aku cuma terbayangkan kalau post2 aku ni dicetak cam buku.....wawawa boleh jadi JK Rowling ni. (Perasan la ko Acap, sape nak baca....wakaka). 

Aku pun x sedar sejak menulis blog mulai bulan 6 tahun lepas (2009), tup2 dah hampir 500 lebih. So next target is 1000 plak kot. Dengan menulis (sincerely menaip) kita boleh meluahkan pandangan sendiri, tapi jaga2 blogging is not like writing a diary....seriously.Dengan gaya penulisan blog ni dah develop skill aku dan membuatkan aku berminat untuk masuk pertandingan2 esei dan dah menang pun kat peringkat universiti ngan negeri...tapi saguhati je la...wakaka...tapi alhamdulillah la kan. Takkan terus nak dapat nombor satu kot...terernye aku...

Sebenarnya aku terfikir2, bukan pe menurut kajian Datuk Prof Mohd Fazillah Kamsah, kalau yang lahir bulan Ogos ni berbakat dalam seni...ermmmm....seni lukis konpem bukan aku coz bila lukis orang rupa cam kereta, bila lukis kereta rupa cam orang....seni silat? Memang pernah nak masuk silat tapi takde kat sekolah dulu yang ada pun taekwando je. Masuk gak ar tapi tak berapa menyinar sehingga ke Sukan Komanwel...hu3. Seni suara? Suara cam aku ni sape la nak denga.....huk3. Seni puisi? Jap Acap, jangan bagi aku gelak.....hua3. Mungkin tempat aku di seni penulisan kot? Poyo gile aku kata aku ade seni dalam penulisan, tapi ok gak kan bila accountant (pas ni MBA) = accountant berMBA insyallah....boleh tulis2 esei ni, bm ok ar, tapi tang BI...William Shakespeare pun pening baca.....wahahaha.   

Dah2 makin panjang aku tulis makin melalut lak, agak2 la kan kalau ada kekosongan dalam Berita Harian ke, Utusan ke ape ke ak nak try ar. Manelah tau satu hari nanti aku ni jadik accountant berMBA yang jadik penulis free lancer ke....hu3. Sume ko nak jadik Acap x leh la. Ko kena ingat poem The Road Not Taken, once u take the path, there are no turning back @ undo button.

Eh k la, aku memang camni memalam je suka menulis cam burung antu.(Jap burung antu menulis ek?)---> Confius sendirik.....ha3 =p

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis