Perginya Seorang Seniman,

Tepat jam 11malam semalam (17 September 2010), seorang seniman yang amat kita sayang iaitu M Rajoli atau nama sebenarnya Mohd Rajoli Bin Mohamed Zain meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor. Arwah yang amat terkenal dengan pelbagai drama dan 37 buah filem dianggap sebagai pelakon yang sukar untuk dicari ganti.

Tetapi yang paling saya suka adalah antara sedutan dimana beliau membaca talkin di dalam filemnya yang bertajuk "Esok Untuk Siapa". Adakah pelakon lain yang mampu melakonkan watak seperti apa yang telah beliau lakonkan ini. Dulu beliau membaca talkin, kini beliau dibaca talkin.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan nikmat ke atas Allyarham dan agar beliau diletakkan di kalangan hambaNya yang beriman.

                                        M Rajoli (7 April 1945-17 September 2010)

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???