Followers

Thursday, 12 August 2010

Kad Pengenalan Haiwan

 Kad Pengenalan Haiwan Yang Disimpan Di Dalam Sarung Seperti Passport

Pamplet Tentang Kad Pengenalan Haiwan Dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Comel lak gamba passport kucing ni...ha3

Dok diam-diam nak ambik gambar nih....

 PENGENALAN          
Kad pengenalan haiwan ialah dokumen rasmi Kerajaan Malaysia dibawah Malaysian Animal Traceability System (MATs). Kad Pengenalan haiwan ini diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) seperti yang diperuntukan di bawah Akta Binatang 1953. Kad ini diperkenalkan untuk meningkatkan tahap kecekapan kawalan penyakit haiwan, memperbaiki dayajejak haiwan dan menggalakkan pemilikan haiwan yang bertanggungjawab.

 OBJEKTIF                 
  • Mengawal penyakit haiwan
  • Memperbaiki dayajejak haiwan
  • Pemilikan haiwan bertanggungjawab demi jaminan kebajikan haiwan

 KEBAIKAN MENDAFTAR HAIWAN  
  • Penyakit dapat dikawal daripada merebak
  • Mudah menjejaki haiwan jika berlaku kehilangan
  • dapat mengesahkan pemilik haiwan

 HAIWAN UNTUK DIDAFTAR   
  • Kucing
  • Anjing
  • Kuda
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor

1 comment:

HiGHNeSS FiQ said...

uit, kucing tu mmg comey..hehe~
btw, kt mna jbtan pndftaran untuk haiwan?? hehe~

Other Topics