Semakin lama....

Kadang-kadang aku terfikir
Semakin lama aku kenal...
Semakin banyak pula persamaan...
Entah la mungkin persamaan tu sekadar kebetulan
Atau persamaan itu suatu perancangan
Perancangan yang telah dirancang oleh Sang Pencipta

Walaupun baru seminggu disini
Aku sudah temui beberapa persamaan
Entah la, kalau satu mungkin aku boleh rasakannya kebetulan
Kalau dah sampai tiga...ermmm entah la
Mungkin jugak aku sendiri yang terperasan
Atau aku sendiri yang tersilap fakta
Atau apa sahaja yang memungkinkan

Adakah ini semua hanya sekadar satu kebetulan
Atau suatu perancangan untuk sesuatu yang lebih agung
Dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tetapi perlu diingat suatu persamaan tidak semestinya suatu pertemuan
Andai kata benar persamaan ini untuk suatu pertemuan
Mungkin hari ni kita namakannya pertemuan esok pula kita namakan perpisahan....
Bahagiakanlah dirimu
Anggaplah pertemuan kita ini
Sebagai suatu catatan sejarah dalam "Sejarah Hari Ini"
Yang bakal disimpan di Arkib....
Bukan di Arkib negara tetapi di Arkib Memori kita....

Hanya satu aku boleh nyatakan 
Aku sekadar manusia biasa yang punya beribu kelemahan....
Yang telah melakukan berjuta kesilapan
Antaranya sejarah hitam yang telah aku coretkan dalam diari sejarah hidupmu
Mungkin kau bisa memaafkan tetapi tidak orang lain
Mungkin kau sudah menerima diriku tetapi tidak orang lain
Namun pada aku, aku lebih mudah hilang dari pandangan hidupmu dari kehadiranku hanya sekadar menjejaskan
Andai dengan cara itu kau lebih bahagia kerana kau berhak menerima yang terbaik
Aku harapkan kau tahu betapa aku bahagia melihat kau bahagia
Ketahuilah tatkala kau kecewa dan berputus asa aku akan sentiasa mendoakan kejayaan kau
Kerana pada aku kaulah VIP, VIP dalam hidup aku.........

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis