Naik Segan Aku.....

Dah minggu ketiga kat sini, UMW Pennzoil Distributor. Dan minggu ketiga gak ar aku dibawah seliaan supervisor yang suka belanja aku makan, Encik Hamizad sampai segan lak aku....haha. Asal dia datang opis jek mesti dia belanja aku, alhamdulillah tp kalau dah selalu sangat sape tak segan...hee. Kalau x lunch, dia akan belanja dinner cam ari Isnin aritu coz time tu aku balik lambat, sebenarnya ari2 balik lambat....haha. 

Banyak benda yang En Izad kongsi and it is not only regarding to work je tapi pasal family, pasal parents, pasal manusianyer "pe'el". Aku ingat lagi ada dia cakap "practical not just only about working with system but u must know how to control manusia yang ada macam-macam "pe'el""....lebih kurang camtu ar apa yang dia cakap.

So this week sibuk pasal tag mentag barang-barang kat Warehouse khususnya bekas-bekas IBC yg digunakan untuk menyimpan minyak Pennzoil sebelum dihantar ke Toyota @ transporters (bukan transformers,k...). Tujuan mentag asset ni sebenarnya untuk mengetahui keadaan aset-aset syarikat ni coz cost of the asset material to this co. 

Selain tu ada gak turun ke workshop kereta @ dipanggil flagship ikut istilah yang digunakan kat sini. Semalam turun ke Workshop seksyen 24, pergh.....boleh tahan sume pun cop Pennzoil....kuning jadinyer mata hitamku...haha. Pas tu cam bise Encik Izad belanja ak ngan Fairus (Financial Controller) makan breakfast. 

Kalau korang kat tempat aku la kan, korang segan tak bila ada orang yang selalu belanja makan? So pas semayang Jumaat ngan dia semalam time dia nak belanja lunch aku gtaw...

"Segan lak saya Encik selalu sangat belanja"
Jawapan dia "Dah rezeki saya, hari ni hari saya senang sok lusa manelah tau saya susah pulak.... 

So dalam hati aku jawap, baguslah camtu so belanja la saya ari2 sampai abeh pratktikal ek...so boleh sep duet lunch....haha. (Joke je, tak terlintas langsung kat hati camtu)

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis