Mavi Marmara Vs Rachel Corrie

Inilah nama dua kapal yang ditahan oleh Tentera Israel diluar kawasan pesisirnya dan sekaligus menidakkan usaha sukarelawan dalam menghantar bekalan ke kawasan Palestin. Di kapal Mavi Marmara, 6 orang rakyat Turki ditembak oleh tentera negara tidak berdaulat tersebut gara-gara penyebaran video penaklukan kapal tersebut oleh mereka menyebabkan dunia mengutuk keras tindakan Israel dengan ditambah lagi dengan tindakan mereka menakluk kapal tersebut sesuka hati sedangkan kapal tersebut berada luar kawasan mereka. Beberapa orang rakyat Malaysia juga turut ditahan MM (12orang) dan RC (6orang) begitulah bilangannya kalau tidak silap. Pada saya mereka ini adalah wira, bukan sahaja wira Malaysia tetapi dunia Islam khususnya. 

Mavi Marmara

Rasanya tidak pelik andaikata saya ramalkan mereka bakal dianugerahkan dengan Pingat Keberanian atau apa-apa Pingat yang bakal membawa gelaran Datuk. Saya tidak katakan sukarelawan yang ditahan ini mengharap sangat kepada pingat-pingat ini, tetapi apa yang cuba saya sampaikan adalah betapa besar pengorbanan telah mereka lakukan dan suatu penghargaan perlu diberikan kepada mereka. Kepada pejuang dalam arena sukan boleh kita hargai apatah pula dengan pejuang kebebasan hak asasi yang telah mereka ini perjuangkan.

Saya cabar anda untuk ke Palestin dengan menaiki kapal dengan kepastian bahawa tentera Israel akan menahan anda sebelum sempat anda sampai dengan jaminan keselamatan yang tidak dijanjikan, adakah anda berani? Secara ikhlas saya menjawab, saya tidak sanggup. Tetapi rakyat Malaysia yang telah ditahan ini sanggup kerana sayangnya mereka dengan nasib saudara-saudara kita di Palestin. Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia menyayangi saudara-saudaranya sebagaimana dia kasihi dirinya.  

 Rachel Corrie

Mungkin kita tidak mampu untuk melakukan sebagaimana telah mereka cuba lakukan tetapi ada suatu senjata yang boleh kita gunakan dalam membantu rakyat Palestin disana, yang mana senjata ini lebih hebat dari Rifle M16, mahupun mortar, apatah lagi bedilan kereta kebal dan jauh lebih hebat dari bom atom Nagasaki Hiroshima  iaitu senjata "DOA".... 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???