Followers

Sunday, 6 June 2010

Hukum Manusia Vs Hukum Allah

Petang tadi sewaktu duduk di kawasan menunggu dobi di Kolej Jati, saya terserempak dengan rakan sefakulti (nama ape ke dah lupa...huhu) seorang student profesional ACCA yang akan mengambil peperiksaan akhir mulai esok. Sambil berbual sambil membaca akhbar dan tiba-tiba tertumpu kepada satu mukasurat tentang undang-undang alam sekitar yang digunakan oleh Kerajaan. 

Saya memetik kata dia:

"Pada aku, aku concludekan semua ni mudah je kalau peraturan Allah cam Hukum Hudud pun kita tak ikut  lagikan pulak nak ikut peraturan yang manusia sendiri gariskan"

Fikir-fikirkan betul jugak kata dia, ye-ye je kita bersemangat nak wat peraturan tu peraturan ni tapi pernah tak terfikir adakah peraturan yang dah ditetapkan Allah kita ikut. Sembahyang pun cam chips more kadang ada kadang takde inikan pulak nak ikut peraturan lain. Ermm....tepuk dada tanya selera kalau nak makan, tepuk dada tanya fikiran kalau nak berfikir dan tepuklah hati untuk kita bermunasabah diri sejauh mana dah kita laksanakan peraturan yang dah Allah tetapkan. Sekadar perkongsian buah fikiran untuk para pembaca. Sekian....  

No comments:

Other Topics