Test JPJ VS Final CRG

Sekarang ni jam tepat menunjukkan pukul 2.48 pagi. Baru je bangun sebab nak sembahyang Isyak dan Insyallah Solat Hajat serta Yassin memohon kemudahan dan kesenangan dalam menghadapi test JPJ jam 8 pagi esok, kemudahan untuk aku dan kawan-kawan dalam menjawab test CRG Sabtu ni serta memohon untuk semua orang yang aku sayangi berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan diberkatinya.

Dalam hati ni agak yakin untuk test esok tetapi aku tak boleh terlalu yakin sebab takut keyakinan ini akan membunuh. Keyakinan tu penting tapi kadangkala keyakinan yang lebih tu boleh menimbulkan rasa riak dalam diri yang menyebabkan diri sendiri merasakan diri terlalu hebat berbanding orang lain. "Come on man, the world are not only for ur self...." World is a plural of we, not a plural of I.....

Dan insyallah akan buat beberapa past year CRG yang lepas-lepas after that. Sebenarnya semalam jek hampir 15 orang mesej aku tanya ade spot CRG ke???? dari kelas 6A sampailah 6Q...aiyooo ingat aku wat paper tu ke. Yang x leh blah, ade jugak yang suruh goda "resource person", Pn Bedah untuk dapatkan spot.....haha korang ni macam2 la. Sad reply to all......no spot. Actually ade gak mesej En Shafi tanya dia about spot question and dia jawab dia x tengok soalan lagi....haha.Sekarang ni Sir kat Jerman sebab ada conference dan present paper kalau x silap ar.Aku expect semakin dekat dengan periksa ni maka semakin banyak juga la yang akan tanya aku ade spot tak????? Sampaikan semalam aku letakkan status "sape nak spot CRG?????.Dua singgit, dua singgit....." kat FB aku.

Rasanya tak payah la mengharap pada spot yang tak kunjung tiba tu, study je semua coz belajar bukan untuk mendapatkan A semata-mata tetapi untuk mendapatkan nilai ilmu yang sebenar. Aku kata camtu tak bermakna aku bijak sangat, tetapi cukuplah sekadar mengatakan ilmu yang paling bermakna adalah ilmu yang boleh membantu kita kemudian hari dan kemudian hari bukan bermakna peperiksaan semata-mata. "Tepuk dada tanya fikiran, tepuk ilmu tanya apa yang kita ingin daripadanya."

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis