Tabung Amanah Fakulti --> Tabung Akademik

Pagi tadi bermula cam semalam gak tapi kalau semalam makan Nasi Lemak di Seksyen 2, hari ni ke Restoran Ceria kat Seksyen 3.....sedap gak Nasi Lemak tu, ikutkan ati nak jek tambah dua puluh ratus kali...haha. Makin bulat la ko Acap, skuash lama tak men pas tu makan banyak....haha. 


Nasi Lemak My Favorite Breakfast


Pas tu teman jap Zaimi gi hantar borang Executive Officer @ EO dia kat Canselari....ingatkan kejap rupanya sampai tengahari....huhu. So plan awal-awal nak anta esei kat MBSA, x teranto....dah dua hari dah kata nak anto tapi x anto2...huhu. Just sempat print kat seksyen 2 jek...

Dalam lepak kat lobi Canselari, terjumpa ngan Pengarah Medec, Datin Norlela, "owh awak Acap, apa awak buat sekarang dah abeh belajar ek....". Aku suka stail Datin coz dia layan sume anak-anak murid dia cam anak-anak dia jek. Dulu dia pernah ajar aku OB, kalau aku tak datang mesti dia bising, kalau dalam kelas aku je le jadik bahan dia untuk wat role model....haha cam le aku perfect sangat.


Canselari UiTM


Selain tu terserempak dengan beberapa MPP 2010/11. Khabarnya sekarang dah ada pekeliling baru yang kata Tabung Amanah Fakulti hanya akan meluluskan aktiviti berkaitan akademik sahaja, "no academic involvement means rejection". Hanya ada beberapa jenis program bukan akademik yang boleh diluluskan antaranya "Malam Pra Graduan"....naseb bek. But yang paling jadik masalah bila Sukan Antara Fakulti tak boleh menggunakan bajet tu, weh aper citer nih.....kami bayar RM100 setiap semester untuk program berbentuk camtu, dan last-last RM100 diserapkan ke program akademik, takkan ni disebabkan perbelanjaan defisit UiTM???? Entah la, just aku cadangkan kat diaorang tadi kita wat petisyen untuk reject benda ni dan Insyallah 120,000 student yang lain akan menyokong dan yang paling memanaskan hati bila dilabelkan kat situ antara program yang tidak dibenarkan mendapatkan bajet adalah "program MPP"....Jangan sampai kami ajar sape tu MPP.....sesape kalau rasa fakta ni salah tolong betulkan, tapi itu apa yang diberitahu....


Alumni MPP sentiasa memberi dorongan dan galakan kepada MPP sedia ada dalam memastikan kepimpinan pelajar di UiTM dipandu dan diterajui dengan sebaiknya....


Sebenarnya ada juga tadi terdengar isu MPP yang berlagak terhadap sekretariat daripada mulut seorang bakal EO. Tah la aku pun tak dapat full info, yang aku tahu standard la tu kengkadang manusia bila dah dapat jawatan yang agak besar sikit (sikit jek dan tak semua camtu...), mula la "overreact "cam dialah bos. Come on, Sekretariat dilantik untuk membantu, mereka tak dibayar gaji, perkataan sekretariat pun berasal daripada perkataan secretary yang bermakna tugas hakiki tersebut sebenarnya adalah milik MPP, sekretariat sekadar membantu so kalau nak dibantu buatlah cara untuk dibantu bukannya mengarah tak menentu. Memang la MPP tu popular, gi sume tempat hampir semua kenal almaklumlah wakil rakyat tapi kalau wakil rakyat sombong camna kami sebagai rakyat nak mintak tolong....huhu. Aku tidak merujuk kepada mana-mana MPP mahupun mana-mana fakulti sekadar perkongsian suara rintihan seorang sekretariat. Yang aku tahu MPP fakulti aku bukan setakat mesra pelajar malah mesra alam....... 

Orang-orang tua ada berkata tengahari jangan tido lelama, tadi sket lagi nak terlajak x solat Jumaat. Tido dalam kol 12.45tengahari, bebangun dah kol 1.30 pergh....naseb bek time turun tu Dinie on the way, so tumpang motor dia so sep minyak aku....hehe.


Akhirnya betul-betul dapat anta setelah dua kali cam nak anta tapi x anta....


Dan dalam jam 3 petang pulak berjumpa dengan Dr Zu untuk mendapatkan penerangan sebenar tentang keadaan Tabung Amanah yang mana Dr Zu sendiri pun belum tahu apa-apa pasal pekeliling tu and at the same time untuk mintak tandatangan dia untuk borang Unit Kemudahan Kolej. Last but not least of coz, anto esei yang aku dah hampir nak anta semalam tapi tak anta-anta lagi coz ada beberapa salah faham dan salah timing. By the way tengkiu Khai coz belanja aku beli Visor tadi....haha (kire belanja ek...).

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???