Petronas, Blok L,M,C1 Dan C2

Sebenarnya kes ini adalah dimana dahulunya kawasan Blok Minyak L & M adalah dibawah seliaan Petronas kerana kawasan blok minyak L & M adalah didalam kawasan perairan Malaysia namun begitu telah ditamatkan kontrak setelah pemetaan semula yang mana L&M bukan lagi kawasan perairan Malaysia dan ditandai semula sebagai C1 dan C2. Kini ia merupakan kawasan perairan di dalam kawasan Brunei Darussalam.

Tiada wakil dari Petronas semasa perjanjian dimaterai...

Menurut suatu post di dalam blog Tun Mahathir yang bertajuk "Malaysia's Generosity", beliau hairan mengapa rakyat Malaysia dan juga media tidak mempersoalkan soal kehilangan hak pengekstrakan minyak tersebut dan menganggap kehilangan kontrak hampir RM320 billion itu adalah "okay".

 Wisma Putra sepatutnya cuba menghalang Pak Lah mematerai kontrak pertukaran Limbang dengan Blok L dan M tersebut....
Menurut beliau lagi Tun Abdullah telah berbincang dengan Sultan Brunei dan dalam mendapatkan semula Limbang, kedua-dua kawasan minyak tersebut diserahkan kepada Brunei dan tiada wakil dari Petronas semasa perjanjian dimaterai dan yang hanya hadir hanyalah penasihat kedutaan dan penasihat hubungan luar kepada Tun Abdullah. Tun sendiri mempersoalkan mengapa Wisma Putra tidak cuba untuk menasihati Pak Lah dalam hal ini.....

Saya juga sempat membaca beberapa artikel tentang blok L & M serta kaitannya dengan Pak Lah seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir dan beberapa pandangan rakan bloggers tentang perkara ini...

Apapun kesan kehilangan Blok L dan M ini sedikit sebanyak akan memberikan kesan kepada Pilihanraya Kecil yang akan diadakan di Sibu nanti yang mana bakal membawa cabaran yang besar kepada Barisan Nasional dalam mengekalkan kerusi yang akan dipertandingkan. Namun yang penting "approach" atau cara mengakui kesilapan yang telah dilakukan menjadi elemen penting di dalam menentukan samaada kerusi yang pernah dipegang oleh Mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew dapat diteruskan atau tidak, yang mana ia bakal ditentukan oleh majoriti masyarakat kaum FooChow yang menetap di kawasan tersebut. "Let the time and voters decide on it...." 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis