Nilai Sebuah Kepercayaan...

Bukannya mudah untuk mendapatkan semula kepercayaan orang lain "once u broke their heart although in whatever way u use for hoping forgiveness u may not got trust back". Kemaafan bukan bererti kepercayaan telah pun dipulangkan, sebab sesungguhnya kepercayaan tu lebih sukar untuk didapati berbanding kemaafan. (tak mengatakan kemaafan itu mudah). 

Kemaafan adalah semudah mengucapkan "I'm sorry" atau "saya minta maaf" mahupun "lo siento" dalam bahasa Sepanyol. Kata-kata kemaafan mungkin suatu ucapan secara lahiriah ataupun luaran tetapi kepercayaan lebih kepada gabungan dalaman dan luaran. Contohnya katakan "trust me" atau "percayakan saya", adakah anda akan percaya saya seratus peratus???? Kemungkinan besar mulut menjawab ya, namun hati menjawab tidak. 

Kemaafan mungkin boleh dibeli dalam masa sehari namun untuk membeli kepercayaan ia mungkin akan mengambil masa selama beberapa tahun ataupun seumur hidup.Saya tidak katakan bahawa harga sebuah kemaafan itu murah dan erti kata sehari tidak bermakna sehari, ia membawa makna masa untuk kemaafan adalah lebih singkat dari kepercayaan itu sendiri. 

Memang menerima kemaafan tanpa kepercayaan itu suatu yang sukar tetapi insyallah andai kata kesalahan untuk kemaafan itu tidak lagi kita ulangi maka insyallah dengan beransur-ansur kepercayaan itu akan dipulangkan semula namun mungkin bukan lagi ditempat yang pernah ia berada dahulu.Sekadar perkongsian buah fikiran melalui pengalaman yang mendewasakan...fikir-fikirkanlah.     

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis