Mother's Day

Insyallah pada 8 May 2010 ni, kita akan menyambut Hari Ibu atau Mother's Day. Sebenarnya pelbagai pandangan ilmuwan Islam dapat kita lihat dan dengar tentang perayaan Mother's Day ni ada menyokong ada juga yang membantah kerana Hari Ibu dianggap sebagai suatu perayaan masyarakat Yunani Purba merayakannya bertujuan untuk memuja ibu-ibu sebagai simbolik kepada Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Manakala di Rom Purba pula Hari Ibu disebut sebagai perayaan Montralia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.Lain tempat lain pula pandangannya kerana di China, Hari Ibu disambut bagi sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius, tetapi masih belum menjadi perayaan rasmi kecuali di beberapa bandar sahaja. 

Di Malaysia, Hari Ibu disambut kerana merealisasikan pengiktirafan kepada para ibu yang diberikan oleh Allah di dalam Alquran dan Rasullulah di dalam hadisnya:

Firman Allah

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)."- [ Al-Isra’: 23]

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan." [Al-Ankabut: 8]

Telah bersabda rasulullah kepada seorang lelaki ketika ditanyakan kepada baginda : 
“Siapakah manusia yang paling layak aku berbuat kebaikan padanya? Rasulullah bekata : ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasululah :ibu kamu, kemudian siapa? Berkata rasulullah : ibu kamu, kemudian siapa? Ayah kamu."

Berdasarkan Sabda Rasullullah S.A.W yang diperkuatkan lagi dengan  firman Allah tersebut itu maka tiadalah salahnya andaikata kita menggembirakan insan yang bergelar ibu selagi kita memilikinya kerana jangan tunggu hingga nasi menjadi bubur dan "sesungguhnya kita menghargainya setelah kita kehilangannya".

Untuk Mama, anakmu yang cute lagi ensem(hehe) ni mengucapkan:
"Selamat Hari Ibu dan sesungguhnya Ashraf, Baby ngan Iqa takkan secute ni kalau bukan dari jagaan seorang Mama yang cute dan jugak seorang Ayah yang ensem....(Tu sebab la aku ensem....hehe perasan). Maafkan kami andaikata ada tersalah kata, terkasar bahasa yang menyentuh hati mama coz kami tahu kami ni cute..."

"We love our parents as the trees love water and sunshine, they helps us grow, prosper, and reach great heights."

Sumber: 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis