Looking Forward For Internship....

Dalam masa 2 minggu lagi akan mulakan kehidupan berpraktikal, syarikat yang mana pengerusi dia adalah seorang bekas pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Shah Alam, Datuk Abdul Halim. Dean kalau bersembang mesti cakap pasal dia ni and Datuk sendiri selalu turun ke UiTM dalam hari Sabtu biasanya untuk round2 kawasan UiTM. Yelah kan tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat yang membawa kejayaan dalam hidup. 
Dato' Abdul Halim, President and CEO Of UMW Holdings

UMW Toyota sebenarnya mempunyai banyak subsidiari dan aku bakal diletakkan di Department of Accounting And Finance salah sebuah syarikat subsidiari dia iaitu Lubetech, syarikat pengeluar Penzoil. Orang kata tak kenal maka tak cinta, so time boring2 ni carik maklumat sket2 pasal Lubetech and UMW. 

UMW kat Seksyen 15

Boleh outstation gi China ni...haha yer le tu padahal dok diam kat department jek...

Syarikat UMW ni sebenarnya ada 5 teras perniagaan utama atau "Core Business", automotive, equipment, manufacturing& engineering and Oil&Gas.Syarikat yang bermottokan "beyond boundries" ni memegang 4 prinsip utama dalam perniagaan iaitu "Honourable, Vibrant, Unshakeable and Pioneering". 

Pennzoil

Dalam masa 14 hari, aku akan bergelar warga syarikat yang mencatat keuntungan bersih selepas cukai RM0.64 billion untuk tahun 2009 iaituUMW Toyota Corporation and hope to do the best during my internship period as well as what Datuk Abdul Halim did....insyallah.

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis