Last Training And Test JPJ...

Alhamdulillah tadi lengkapkan akunyer training kereta yang tinggal dua jam. Semalam eh kelmarin, call Kak Niza konpemkan training ngan test pada 5 haribulan Mei ni. Eh baru aku sedar sedap gak kan angka 5/5/2010 tu. Doakanlah aku pass ek test ni., test sebelum ni terpaksa ditunda coz aku ada test QMT....huhu. 

Thanks a lot to Abang Ronnie, cikgu aku kerana dah banyak membebel dan bebelan dia tulah yang mengajar aku tentang erti keselamatan jalan raya. Antara ayat dia "eh saya suruh awak bawak 200km /j kenapa awak bawak 338km per jam...awak ingat ni Pesawat Boeing 747 ke...."haha. 

Tadi training ngan sorang member yang baru aku kenal dari Fakulti AD, Part 4, yang bernama Ridwan...aku panggil Wan jek. Walaupun baru 2 jam berkenalan tapi kami boleh wat lawak bodoh cam dah kenal 10 tahun....haha. Wan berasal dari Tawau, Sabah. Sabah bah...dia baru ambek test motor aritu tapi x pass dan insyallah akan buat test keta ngan motor hari rabu ni sekali ngan aku. Aku doakan yang terbaik untuk ko Wan, I trust that u can do it, once you collapsed does not mean that u will collapsed forever...(betul ke grammar aku, layan je la eh)

Pada aku kan, bawak kereta ni benda teknikal so kita akan belajar sedikit demi sedikit melalui pengalaman. Memula tu memang la rasa tak konfiden tapi kalau dah selalu insyallah, confident tu akan datang sendiri. Sama la time aku nak belajar bawak motor dulu, dulu nak bawak lebih 60km/j pun dah cuak tapi skarang ni aku akan bawak at least 180km/j kat jalanraya...bleh ke??? aku nye motor pun max bleh gi 120km/j...haha.Tapi for me la kan kalau gi U aku suke naik motor coz bleh parking kat depan lif, kalau bawak kereta tak leh. (Except kalau kereta tu for showcase bleh le...). 

Sebenarnya aku amek lesen ni dah lama, maybe mula dalam bulan 11 @ 12 taun lepas coz aku ni busybody(orang yang sebok bukan penyebok,k) sampai bulan Mei 2010 yang mana dah genap 6 bulan ni still x dapat lesen. So insyallah nanti kalau dapat terus full license coz aku nyer lesen motor memang dah full. 

For me la kan purpose nak ade lesen ni antaranya sebab mama yang mana aku pernah teringat kata Mak Ndak, "Ashraf, cepat2 buat lesen kereta nanti senang bawak mak gi jenjalan". Memang nak bawak gi jenjalan la ni, bawak gi karaoke, bowling ngan men skuash ti ye mama. Balek ti akan aku round satu bandaraya Ipoh dari Ipoh Parade, Jaya Jusco, UO, Parkson, Lost World Of Tambun, dan 1001 tempat laen...haha. Jap jap, kalau ade lesen maknenyer kene bawak mama gi pasar so kene bangun pepagi la, alamak....hehe. Apapun niat mesti dibetulkan apa tujuan sebenar kita melakukan sesuatu tu kerana dunia ataupun kerana Allah.Sekiranya kerana dunia, belum tentu dia mudahkan tetapi andaikata kerana Allah, insyallah Allah akan bantu.


Semalam ada chit chat ngan abah, awal-awal kata kat dia balik Ipoh ti pinjam kete. So dia suruh aku isi borang dan jawapan akan diberikan dalam masa sebulan....haha bleh plak.Oklah till next post... 

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis