Kantoi kat Bukit....

Kalau korang la kan ape rasa bila gagal???? Aku tanya bukan sebab ape cuma tadi aku gagal kat Bukit time test JPJ padahal tayar dah masuk kotak. For me, aku sebenarnya bersyukur sebab gagal coz kerana kegagalan la kita akan menghargai erti peluang dan sesungguhnya lebih banyak yang kita belajar dari kegagalan berbanding kejayaan.....bukan menyedapkan hati tetapi sekadar terfikir tentang lumrahnya kegagalan. Buat dua member baru yang ambek test skali ngan aku tadi dan pass dengan jayanya, Wan (Sabah) ngan Michael (Sarawak) tahniah la weh, ti aku dapat lesen kita racing keh....hehe blum ape2 niat dah salah.

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

Bagi yang pernah ambek test kereta JPJ mungkin tahu apa yang aku cerita ni....kat Bukit tu kan ke ada dua percubaan, yang first trying tayar kereta masuk dalam line kuning tapi aku tak yakin masuk so aku undur balik...then yang second time tu memang masuk tapi bile nak tekan minyak kereta tu undur plak....huhu. So pak JPJ yang ensem tu suruh keluar kereta coz gagal, dia sempat gak tanya "awat turun balik first try tadi....dah masuk dah tayar tu...", aku hanya menjawab "hah yer ke....". So formula yang aku wat kat atas bukit tu dan formula kegagalan itu adalah disebabkan "minyak x tekan habis, clutch tak lepas habis = so habis gagal..."..haha.

Tayar dah elok masuk, sekali nak ke depan dia pi belakang.....hahahaha padan muka ko Acap....eh sape Acap bukan aku ke?...huhu

Setiap kegagalan tu ada kebaikan dan hikmah disebaliknya....aku gagal hari ni tak bermakna akan gagal untuk hari esok. Biar fikiran yang menguasai emosi jangan sebaliknya.

Satu lagi yang aku nak citer ni, sekarang ni aku kat cybercafe coz UiTM dah block blogger nyer url....aduhhhh susah le nak berblogging camni...petang ni aku nak call PSMB tanye ape masalah padahal Facebook ngan Youtube ok jek. Aku perasan semalam time lepas aku update post "Test JPJ VS Final CRG". Petang ni gak nak ambek transkrip ngan baby nyer sijil foundation dan kalau sempat nak ke MBSA hantar esei....Alhamdulillah on the road pass tadi....Next week repeat test JPJ...Insyallah...

Ashraf Zabidi
Pengambil Test JPJ Pada 5 Mei Yang Fail Ujian Bukit 

Comments

shiqin ghazali said…
eyh.. asl aku rse aku leh je buka blogger.com dgn jayanye gne uitm access?? huhu~
Ashraf Zabidi said…
semalam dari jam 2.48 pagi to 7.30 pagi tak leh, petang ni dalam jam 4.29 petang ni okeh lak....tah ade orang repot kut...

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis