Kalau sudah namanya masa

Semalam menjawab paper terakhir Part 6 juga bermakna paper terakhir sebelum 6 bulan praktikal nanti. Sebenarnya macam2 program lepas exam semalam dah diplan tapi disebabkan keluarga tersayang datang so baik enjoy pas exam ngan diaorang jek lagi jimat belanje....hehe bleh camtu plak. Ermmm rasa cepatnya masa berlalu, macam baru semalam masuk UiTM dan macam baru semalam jumpa abang Fizi ngan Puteh time MMS. Rasanya cam baru semalam kenal apa tu Menara SAAS dan kini dah pun berada di penghujung sem 6. 3 tahun dah rupanya masa berlalu....no matter la orang puteh ada kata "time flew like wind". Buat member-member yang bakal praktikal do ur best....buat Mr KPMG yang panggil ak Mr Toyota...goodluck gak haha.

Tak hairanlah kalau orang kata hanya ada tiga waktu je dalam dunia ni "Semalam, Hari ni dan Esok", Dr Asmadi salah seorang penceramah motivasi pulak ada kata "Semalam adalah sejarah, esok adalah harapan dan hari ini adalah penentu siapa kita". Aku rasa macam baru semalam kenal abang Wafi yang jadik PM paling ganas time aku MMS dulu dan ayat dia yang paling popular "divider bro, divider....", x sangka pulak aku dah pun bekerja ngan dia as PM beberapa term MMS dulu especially time MMS Asasi 2009.

Kalau first time aku masuk UiTM dulu, aku dah tekad untuk gantikan abang-abang PM & MPP yang duduk kat depan bagi arahan dan uruskan taklimat ngan mak bapak dan teringat lagi mama kata masa taklimat mak bapak MMS time tu (MMS Jun 2007) "nanti Ashraf gantikan abang-abang kat depan tu ek....". Alhamdulillah, kedua-duanya aku dah buat.

Cam semalam gak rasanya berjumpa ngan seseorang anak dara yang nak bayar duit dinner watikah 2008 untuk AFTAS yang mana time tu aku jadik Timbalan Presiden SMF and bertugas sebagai Bendahari Program tu., uish....at the first sight la kan, aku tertanye anak sape la ni....hehe.Sincerely you always be my princess from the first day I meet u until now....

Tah la kalau pasal sejarah semuanya aku teringatkan semalam kerana pada aku tanpa sejarah kita tak akan menjadi apa yang kita jadi sekarang. Sejarah la yang mendewasakan seseorang insan dan kerana sejarah jugak Einstein menjadi Einstein The Brilliant dan Alexander menjadi Alenxander The Great.    

Ashraf Zabidi
Pengkaji Sejarah

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis