Era Facebook....

Sehingga hari ini dah hampir 7 bulan aku buka akaun Facebook (tak silap) namun hati ni masih merasa tak senang dan akan sentiasa rasa tidak tenang bila mengenangkan betapa "Muka Buku" ni dah menyumbang kepada pengaliran masuk wang ke Israel terutama sektor pertahanannya dalam menzalimi rakyat Palestin.Bukankah dulu aku yang forwardkan emel tentang kaitannya Facebook dengan Israel??? Bukankah dahulu aku yang dengan yakin menjawab "aku takkan bukak Facebook coz dia ada kaitan dengan Israel dan CIA" bila rakan-rakan bertanya soalan tentang FB....huh dimanakah aku. 

Walau apapun sebab dan musabab yang aku berikan, satu demi satu nyawa tidak berdosa di Palestin menjadi mangsa. Memanglah ahli politik, penceramah-penceramah agama, ahli-ahli sukan dan hampir semua orang punyai FB tetapi pernah tak terfikir apa tujuan utama kita "berfacebook" yang lebih penting berbanding pembunuhan nyawa tidak berdosa tersebut. Pada aku, mungkin kita tidak mampu menolak era "Facebook" tetapi ingatkanlah hati betapa hati tak tenang menggunakan FB bila mengenangkan nasib saudara kita kerana selemah-lemah iman adalah dengan hati.

Hingga kini Facebook telah membantu aku untuk berjumpa kembali dengan insan-insan yang pernah ada dalam hidup aku yang hilang setelah bangku sekolah dan matrikulasi dulu. Hazim, Salahudin, Rajesh, Iffa, Lynn, Azwa dan beberapa yang lain.Perkara yang sama gak bile dengan Facebook jugak aku dapat merapatkan hubungan saudara yang dah lama x berjumpa cam Pak Lang & keluarga, anak-anak Pak Ndak, Kak Elly  dan banyak lagi le (jap nak kaji salasilah keluarga...hehe). Sebenarnya aku rasa FB ni merapatkan hubungan sesama insan tetapi andai itulah alasan yang aku berikan untuk penggunaan FB, aku perlu bertanya kembali adakah semurah itu alasan yang patut aku bagi tatkala saudara-saudara seislam yang lain menderita.  

Tak salah andaikata aku gelarkan "kini" sebagai zaman atau era Facebook, tengok sahaja rancangan televisyen dan kebanyakan iklan di mana sahaja samaada suratkhabar, radio atau apa sahaja, hampir semua sudah mempunyai Facebook sebagai salah satu medium pengiklanan. Anda akan dianggap janggal, pelik dan sebagainya andai tiada facebook, betul tak? Andai tiada facebook juga anda dianggap 'old school' tau 'outdated'.

Itu hanyalah pandangan peribadi aku tentang Facebook dan andai kata ada kesilapan atau kebatilan aku minta maaf kerana aku hanyalah manusia biasa yang kadangkala tidak ketahui apa yang orang lain ketahui. Selamat beramal....hehe.  

Comments

~fam~ said…
aku rasa aku bahagia lebih banyak bila aku dah deactive aku punya FB...hati aku suka, jiwa aku bebas...hehe...

jom!
deactive FB!
Ashraf Zabidi said…
padan le dah lama x jumpe ang nyer fb.

Tah la,kalau aku deactive medium apa aku nak gunakan nak sampaikan info2 cnthnya info untuk dinner...huhu.

Dalam keburukan ade kebaikan tapi persoalannya kebaikan atau keburukan yang lebih banyak?

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Apa sebenarnya Skandal Enron @ Enron Scandal???