A Day At Zoo Negara

Setelah hampir 2 tahun (kot...) x melawat zoo yang dipanggil Zoo Negara akhirnya bertarikh 11 Mei 2010 (Yang ni konpem...haha). Tapi kali ni dalam cuba mencari kelainan, first time of my whole life dapat wat khidmat komuniti kat situ. 

Tepat jam 8 masuk opis (sincerely kandang...haha) dapat taklimat daripada sorang akak yang nama apetah (x sempat nak berkenalan lebih rapat).Group aku sekali dengan Simbab, Zaim, Liyana, Fadh ngan Odah dan beberapa orang plajar profesional, lupe lak nama diaorang...huhu.  Pas tu sukarelawan dibahagikan ikut stesyen-stesyen yang dah ditetapkan. Abang fasilitator kami (hah zoo pun ade fasi ke...haha), abang (alamak lupa lak name dia) suruh kami ikut dia dan berhenti di sebuah stesyen, ia bukan stesyen bas, bukan jugak stesyen keretapi juga bukan petrol stesyen . Ni stesyen Children World. Pas tu dibahagi ikut dua kumpulan satu kat kandang Hippo @ Rhino @ Badak and satu lg kat Kandang Babon. 

Pergh...kat Kandang Babon ni memang mental tapi yang bestnyer tak berbau sangat coz Babon ni dah mandi kot. Tapi bile tengok puggng Babon ni cuak pulak, merah sangat...haha. Keje nyer mudah jek bersihkan longkang, dalam 1jam pas tu settle le. Pas tu melepak, to be sincere masa melepak > masa wat keje..bebudak ni pun dah bising2 dah, silap x riot jek kat situ.

Pas tu bagi burung apetah minum lak.Ada burung yang extreme ada yang jinak...standard la kan.Kadang-kadang terfikir gak, kalau wat burger burung pun sedap gak kan.....hahahahaha. Tapi tadi kat kandang babon ngan badak tak terfikir la nak wat burger coz binatang ni binatang yang hampir pupus. dan mana ada orang makan burger badak@babon. Selain dari tu binatang yang aku nampak ada potensi untuk menjadi burger termasuklah arnab, rusa, kuda, ferret x pasti bleh x (coz cute sangat ar..haha), seladang, lembu, zirafah (x leh), hamster pun x leh coz cute.Bukan aku cakap camtu bermakna aku suka makan, terbukti bila tak mkn pagi ngan tenghari semalam, Simbab tau kot kenapa, sebab dah gtaw dia awal2 ms men skuash aritu.Cuma aku suka berfikir disebalik kejadian, disebalik binatang apa yang boleh dibuat contohnya nampak sate ayam di sebalik ayam yang tengah berkokok dan hari-hari nampak Menara SAAS tapi pernah x terfikir sape pencipta dia. Bukan ke Allah dah berikan akal dan minda kepada manusia agar manusia berfikir dan mungkin its better if you can think outside the box. Tapi kengkadang bila berfikir outside of the box kene siap sedia terima apa-apa kutukan la sama gak time Tun M tolak offer loan dari IMF dulu yang kata nak bantu Malaysia, its coz dia berfikir out of the box so sekarang dah terbukti idol aku yang kongsi minat sama ngan aku iaitu lagu My Way telah bertindak betul.

Bersarapankan Nasi Lemak dan ber'lunch'kan nasi campur ayam masak merah. yang sedap tp aku tak makan,bkn diet tapi dalam zoo x de selera nak makan dan disebabkan aku makan dua kali dinner malam sebelum g tu, so terasa full lg. 

Petang tu sambung keje yang tak seberapa cam bersih2 rumput kat kandang burung apetah tp alhamdulillah ada gak keje dan lastly g tengok animal show. Kalau la akak animal show a.k.a Wani ikut, mesti dia excited...haha. Pertunjukan cam biase tapi yang menarik ati ade gak binatang yang materialistik kan, duit singgit tak nak, RM10 ngan RM50 nak pulak....haha. Here once more terfikir, kalau letak duit Korea ke, duit Jepun ke agak-agak dia ambek x?...haha. Sebenarnya burung 2 tak materialistik cuma bila pegang duit tak leh gerak-gerak.....

Pas tu sign log book untuk sukarelawan yang mana buku tu dah digunakan sejak Oktober 2007  and then g lepak kat Pintu Depan Zoo. Memang ade banyak kedai souvenirs kat dalam  zoo ni tapi sumenyer cam x best jek a.k.a. not my taste la...haha demand.Happy birthday too to Kak Yuyu, really hope that Allah give barakah to u....aminnn..Kt sini skali lagi terfikir sape pulak yang susun atur dalaman kandang tu....kalau rumah maybe interior designer yang akan buat tapi kalau zoo??? Hospital lak camne, sape yang akan susun atur katil-katil tu, is it kerje interior designer gak?? Coz layout untuk hospital perlu mudah to accommodates more patients and layout tu jugak perlu simple coz it matters when it comes to an emergency situation...eh ape kaitan hospital ngan zoo ni...haha.

For the PD, Fatin Filzah tahniah coz berjaya mengadakan program camni. Maybe next time boleh wat lagi coz ade orang nak cukupkan 40 jam....haha. It is not easy to conduct a program like this, whatever things that u considered as "mistakes", take it for granted to use it another time coz humans learn from mistakes and mistakes teach us how to improve ourself. 

Kusangkakan dah abeh tapi lom lagi....pas tu lepak jap kat Amin Thai coz plan awal-awal nak transfer gamba tapi ye la kan, kita merancang Allah menentukan. Masalah card reader.....huhu. Takpe la asalkan dapat makan fav aku, Nasi Puteh plus Tomyam Daging plus teh o'panas (bajet nk jaga suara coz tak minum air manis berais...haha).

Sebenarnya malam semalam tak tau nak wat pe, tengok wayang @ men futsal so pas decide bek aku tengok wayang je la dah ada orang nak belanja....haha tq Nik Winchester.Plan nak tengok IP Man tapi disebabkan movie tu lambat sangat bek tengok Furry Vegeance...ermm kurang best sampai aku tertido lagik2 smalam x bwk sweater lagi best la aku tido.Nak kata best movie ni tah la, bek tengok Iron Man 2 lagi best, memang la lawak tp cam ade sumthing x cukup jek.      

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis