Budaya "Tak Ape"

Budi bahasa budaya kita tapi kalau budaya "tak ape" pulak camna? Contohnya, "tak pe la karang aku buat", tak pe la tu dan takpe la ni. Tah la aku rasa budaya "tak ape" dah lama aku amalkan. Come on man, improve or it can kill ur self. Budaya "Tak Ape" suatu budaya melengah-lengahkan, let say it comes to opportunity, do you want to call it a "tak ape" for it?

Kadang-kadang kerana "tak ape" suatu kebahagian itu mungkin hilang kerana "tak ape" juga, suatu hak boleh hilang. Memang "tak ape" itu suatu budi bicara tapi kadang-kadang manusia tak boleh terlalu baik dengan budi bicara yang dimiliki.Budi bicara yang terlalu baik bisa memusnahkan. 

Bercakap berdasarkan fakta, bercakap berdasarkan pengalaman "contohnya kita (me sincerely) suka sangat katakan "tak ape" when it comes to study, tak pe sok ade lagi".Yup esok mungkin ada (andai umur panjang) tapi penah tak terfikir betapa esok kita akan ada benda yang kita katakan "tak ape" lagi. Secara fakta, tengok jek apa yang tertulis sebagai hak di dalam perlembagaan dan apa pulak hak yang sudah kita katakan "tak ape".


Sebagai suatu konklusi budaya "tak ape" suatu kanser di dalam hidup kita daripada "tak ape", yang kecil boleh menjadi besar, yang boleh kita buat dengan sebaiknya hanya dilakukan sekadar melepas batuk di tangga dan ingat juga budaya "tak ape" juga mungkin membunuh. Fikir-fikirkanlah dalam mengingatkan para pembaca, saya juga mengingatkan diri sendiri. Sekian.    

Comments

Popular posts from this blog

Lirik Pak Ude

Ya Hafizu Ya Syafi, Wahai Yang Menjaga Dan Yang Menyembuhkan, Jagakanlah & Sembuhkanlah

Kolej Matrikulasi Perlis